Thursday, September 22, 2016

Sup Sayur Campur

Assalamualaikum dan hi.



Hari ni rajin sikit, nak share resepi ja. mesti ramai yang dah tau resepi ni.
Resepi lebih kurang macam sup bebola ikan ja cuma bahan kena tambah.
Sedap di makan macam tu saja atau bersama nasi, mana-mana pon ok.




BAHAN-BAHAN :

Lobak merah
Kobis
Bunga kobis
Tomato
Cendawan
3 biji bawang merah ( macam biasa, aku suka blend )
Air
Garam
Gula
Minyak




CARA-CARANYA :


Panaskan minyak dulu. Lepas tu masukkan bawang tadi dan kacau sampai naik bau.
Kemudian masukkan kiub ikan bilis, kacau sampai cair.
Masukkan air, ikut sukatan korang sendiri then terus masukkan kobis, bunga kobis, cendawan dan lobak merah.
Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan tomato.
Last, perasakan sup tu mengikut kesesuaian korang.
Ok, dah siap.


1 comment: