October 2016 - INTROVERTED GIRL

Sunday, October 30, 2016

Art with Microsoft Excel; Basic Tree

Sunday, October 30, 2016 16
Art with Microsoft Excel; Basic Tree
Assalamualaikum and hello.




So sekarang baru buat satu entri baru, aku taktau nak post apa sebenarnya but nahh aku post pasal ni. Untuk entri kali ni, aku takmau la panggil ni as tutorial sebab aku tak terang dgn jelas pasal ni, just cara aku buat saja; secara kasar. Tapi untuk yang hampa senang paham/quick learner, anggaplah sebagai tutorial untuk hampa.


Kat sini aku akan go tajuk by tajuk so untuk yang nak try or challenge yourself boleh ikut step by step ni. 


1. Dahan pokok
2. Bunga
3. Tona warna
4. Gabungan
5. Save





Software : Microsoft Excel and Paint



1. Cara nak buat dahan pokok.


Macam biasa, bukak Microsoft Excel dulu lepas tu aku tekan Insert - Shapes - Rectangle. Kemudian aku buat + susun macam dahan pokok tu, kira buat kasar-kasar dulu. Aku main agak ja nih.








Bila dah rasa elok bagi aku then nak kena buang outline pulak, so click kat semua bentuk Rectangle tu lepas tu tekan Format - Shape Outline - No Outline.






Untuk part ni, kena ada kesabaran sikit hahaha. Aku mula-mula tak reti nak guna Curve ni tapi lama-lama practice tu dah oklaa. Macam tadi, pergi kat Insert - Shapes - Curve


Lembut-lembutkan lah tangan tu sikit sebab nak kena ikut balik bentuk Rectangle yang aku susun jadi dahan pokok tadi tu. Bila dah siap ikut, aku delete yang dahan pokok yang aku buat awal-awal tadi guna Rectangle tu dan sekarang tinggal yang aku ikut guna Curve tadi saja.






Sebelum nak letak warna tu, aku buang outline dulu. So untuk nak warna, aku tekan Format - Shape Fill - More Fill Colors...








2. Cara nak buat bunga.



Step dia sama macam nak buat dahan tadi cuma kali ni aku guna Teardrop; Insert - Shapes - Teardrop.

Bila dah drag tu, aku buang outline then aku ikut balik guna Curve; Insert - Shapes - Curve.

Lepas tu, aku copy paste ja bagi ada 4 keping then aku susun jadi bunga. Untuk takmau bagi lari jarak diantara keping-keping tu, aku klik kat semua bentuk tu the Right-click - Group - Group.


Simple ja kan? :)










3. Cara nak buat tona warna.


Yang ni sama ja kalau nak buat ton baik kat bunga or dahan so aku tunjuk untuk bunga ja; sangat simple.

Klik pada bunga dulu kemudian aku tekan Format - Shape Fill - Gradient. Ada banyak pilihan tons kat situ so pilih ikut yang mana suka.






4. Cara nak gabungkan.


So sekarang dah ada dahan dengan bunga then nak gabungkan/susunkan saja. Untuk buga tu, aku ejas size bagi kecil and copy paste banyak-banyak lepas tu susun kat dahan tu. Aku tambah kan sikit dengan buaian kayu tu and kelopak bunga yang gugur hahaha; aku edit la bagi comel sikit. Dah siap semua tu, aku groupkan semua.













4. Cara nak save.


Bila dah buat, mesti nak savekan? Nak buat header or apa-apa kan. Ok, bila dah groupkan semua tadi, lepas tu Copy @ Ctrl+C.

Bukak Paint, lepas tu Paste @ Ctrl+V dan kemuadian Save artwork tu. Dah siap !












Art ni boleh laa nak buat header ka apa ka kan, macam kat bawah ni.







So sesapa yang teringin nak buat tu, boleh la follow if paham la hahaha.





Adios, sviors.

Friday, October 28, 2016

HOW I MAKE TEXT MASK OF LOGO AND WORD

Friday, October 28, 2016 7
HOW I MAKE TEXT MASK OF LOGO AND WORD
Assalamualaikum dan hi.




Semalam aku post pasal cara aku buat lowpoly art kan, so hari ni aku nak share cara aku buat text mask. Aku lebih suka tulis cara aku daripada tutorial, sebab benda ni aku belajar dari youtube then aku buat lepas tu, aku tunjuk cara nak buat hahaha. Macam biasa, sambil buat sambil dengar lagi Khai Bahar-Bayang.  


Kali ni aku nak buat 2 in 1 punya post, sebab cara nak buat tu sama tapi benda tu yang berlainan; 1 logo dan satu lagi word. Aku share ni sebab mungkin ada yang taktau pasal ni tapi teringin nak buat kan? So sama-sama belajar kan.


Again, aku sertakan gambar-gambar sebagai bukti aku buat hasil kerja ni.




SOFTWARE : Adobe Illustrator



Logo (kpop) 


1. Permulaan.



Ok first tu aku bukak Adobe Illustrator dulu dan aku create layer baru. Lepas tu aku placekan/insert logo gambar yang nak guna tu, aku pilih nak buat logo Monsta X. Bila dah placekan gambar tu, aku nak kena ejaskan ketebalan pen dengan warna sebab nak bagi mudah aku nak ikut balik logo tu; warna tu ikut citarasa memasinglah.









Aku pilih warna pink gelap sebab terang kan hahaha. Dah siap semua tu, aku remove gambar sebenar tu dan nampaklah hasilnya.







2. Pertengahan. 


Lepas tu, aku placekan/insert sekali lagi gambar; kali ni gambar yang cantik-cantik macam bunga ke, awan ke apa. Macam aku, aku pilik colorful smoke; cari kat google ja haha.






Sebelum nak mulakan proses seterusnya, kat logo Monsta X ni ada line yang aku buat. So aku kena pisahkan line tu dulu dengan logo M tu.



3. Akhir.



Lepas tu, aku mulakan proses-proses ni. Simple ja weh.



Aku clik pada logo M tu dan kemudian cari ;  Object - Compound Path - Make

Next,  aku klik sekali lagi logo M tu dan kemudian aku tekan Shift dan terus click kat gambar smoke tu sekali dan kemudian cari ; Object - Clipping Mask - Make








Dan inilah hasilnya, lepas tu aku masukkan balik line yang aku pisahkan tadi dan aku edit color line tu macam gmbar kat bawah ni.




Pink + Blue



Dah siap untuk logo ni, sekarang aku nak buat untuk word pulak.






Word




Kali ni aku buat text pulak, sebelum tu kena download font yang cecantik dulu kat dafont.com. 


Ok bila aku dah tulis word yang aku nak contohnya ; sa-viors, lepas tu aku right-click then aku pilih Create Outlines.





Dan akan jadi macam ni.




Lepas tu, macam yang aku buat kat logo tadi,



Aku clik sa-viors tu dan kemudian cari ;  Object - Compound Path - Make

Next,  aku klik sekali lagi sa-viors dan kemudian aku tekan Shift dan terus click kat gambar tu sekali dan kemudian cari ; Object - Clipping Mask - Make






This is it ! Inilah hasilnya.





Dah siap dah. Macam mana? Senang ja kan? 
Hampa-hampa pon boleh buat ikut citarasa hampa sendiri lepas ni. 

Kat bawah ni aku sertakan hasil kerja aku yang lain, extras.
Background transparent aku buat. Aku random ja hahaha.
Ambik ja kalau nak :)









Loves, sviors.





Thursday, October 27, 2016

HOW I MAKE LOWPOLY/POLYGONAL ART ?

Thursday, October 27, 2016 7
HOW I MAKE LOWPOLY/POLYGONAL ART ?
Assalamualaikum and hi.





So hari ni aku tak tulis cerita apapun sebab aku stop dulu daripada menulis, bukan apa kekurangan idea and fokus pada benda lain. Nanti aku sambung balik menulis cerita tu, and thanks buat hampa-hampa yang sudi/rajin baca tu.


Untuk post kali ni aku nak share cara, macam mana aku buat seni lowpoly @ polygonal art. Sebelum ni aku post pasal ARTS WITH MICROSOFT EXCEL and then aku post pasal  LOW POLY @ POLYGONAL ART dan hari pasal ni. Entri kali ni mungkin agak panjang or just biasa-biasa saja.


Mungkin luaran, maksud aku seni yang dah siap di buat ni nampak cantik tapi ada benda yang kena touch-up disebaliknya. Meh sini aku nak tunjuk cara aku buat, mungkin dengan teliti dan satu persatu. Tak cukup dengan ayat yang aku tulis ni, nah aku sertakan sekali gambar-gambar sebagai bukti hasil kerja aku sendiri.


Ni cara aku sendiri buat seni ni, mungkin agak sukar bagi hampa yang tengok + baca ni but for me, this is my styles and I'm very comfortable with this :) Lain orang lain cara kan? Aku start buat seni ni dalam pukul 7 lebih sampai la ke pukul 9 lebih, tu pun belum berwarna lagi sambil dengar lagu Khai Bahar-Bayang; best pulak lagu ni.





SOFTWARE : Adobe Illustrator


1. Sebelum nak mula buat seni ni, nak kena buat apa?


Ok, pertama sekali, aku kena cari gambar dulu. Gambar bukan sebarang gambar tapi aku memerlukan gambar yang jelas dan size yang besar. Kira gambar HD laa yang aku cari, dan ni laa contoh dia; ukuran size gambar ni : 423 x 639



Cari punya cari, dapat laa gambar Hui ni dari kumpulan kpop rookie, 24K. 
Muka dia ni nak macam Gikwang dari kump. B2ST.   



Bukan apa, untuk memudahkan aku nak zoom in nanti dan takperlu aku nak susah-susah cari gambar lain dah. 

Lepas tu bila dah dapat gambar yang aku nak, aku bukak la Adobe Illustrator then aku nak kena ejas layer dulu, size layer first tu aku buat bagi sama dengan size gambar yang aku nak edit satgi ni. Then aku nak kena ejas color luar dgn dalam dengan ketebalan line pen yang akan aku guna satgi. Lepas tu aku akan place gambar kemudian aku nak ejas zoom pulak untuk mudahkan aku nak buat segitiga, then nak susunatur layer pulak.







2. Nak buat seni ni susah ke senang? Macam mana perkembangan satu persatu hasil tu?


Well, takdak benda/kerja yang senang. Semua tu kita kena hadapi, kena put effors sikit hahaha. Bagi aku, mula-mula tu hampir nak give up jugak but lama-lama dah terbiasa dan boleh teruskan. Aku takdak laa straight sangat nak ikut satu persatu. Maksud aku, ada jugak yang aku kecoh tapi kecoh tu bertempat la. Macam segi tiga kan, ada part yang agak susah nak membentuk segitiga, so apa lagi ikut jelaa bentuk asal pada gambar tu.


Mula-mula aku buat, memang nampak kemas, but makin lama/ makin banyak segitiga tu hampa akan nampak serabut/semak tambah-tambah lagi bila zoom in.




 bila zoom in nampak mata dia saja macam Vernon from SEVENTEEN



lepas tu bila zoom kat mulut nampak mcm BTS Jimin pulak hahaha


Kadang tu aku tak ikut flow/susunan macam nak kena buat dari atas ke bawah or bawah keatas like buat rambut dulu the baru kening semua tu NO. Aku takleh macam tu, aku buat ikut dan aku ja hahaha. Rasa nak buat line kat mulut then buat, kat hidung then lukis hahaha.






3. Part mana yang paling susah nak ikut/lukis?

Part yang paling susah bagi aku adalah kat bahagian mata sebab nak kena zoom habis, kadang tu aku zoom sampai 600 haa. Sebab nak bagi betul-betul ikut flow dia hahaha.









4. Final step?




Ok ni baru habis buat kat bahagian keseluruhan muka, belum baju lagi. Penat jugak laa aku nak buat benda ni tapi hasilnya memuaskan.


Yang ni yang dah siap ikut, aku buat sekarat ja sampai kolar baju tu.


 Ni gambar asal.

dan ni gambar hasil dari segitiga yang aku buat ikut gambar tu.
Nampak hodoh and takdak nampak macam gambar real kan?


Tengok kat bahagian yang aku kotakan dgn line putih tu.
Tu antara layer-layer yang aku wujudkan, satu layer satu bahagian.
Kiranya, untuk mata layer lain pastu untuk rambut bahagian lain. 
Aku buat macam tu sebab nak bagi nampak kemas dan mudah kerja.




Dah siap buat kat semua bahagian tu, aku kena group kan semua sekali takut ada yang lari/berubah kedudukan. Satgi kalau ejas, jadi macam lain pulak, penat den haa.





Untuk bahagian colouring pulak, agak membebankan hahaha sebab nak kena click satu persatu segitiga tu dan ambik masa jugaklaa. Mula-mula warna tu nampak pelik laa sebab rasa macam 'eh betul ke color macam ni, tapi aku rasa macam lain' but aku go on jugak and dah siap semua baru aku touch up bagai nanti. 


makin lama makin confident jadi sebab dah nak sikit hasil tu 



Macam aku kata awal-awal tadi, nampak macam elok ja semua luaran tapi bila aku remove gambar sebenar, nampak sikit-sikit cacat celanya then bila aku zoom in barulah nampak jarak-jarak antara segitiga tu. Jadi tak elok la kan bila nampak jarak-jarak ni, so kenal laa touch-up sikit.








In the end, so inilah hasilnya. Hampa boleh edit/hias lagi hasil seni yang dah dibuat ni ikut citarasa masing-masing.
Type One.

Type Two


Type Three



Apa yang aku buat ni biasa-biasa saja, tak berapa elok. Ada lagi yang pandai buat and pro pasal ni. Aku just share cara yang aku buat saja, semangat aku nak share pasal ni haha.
Apa-apa pun, takat ni dulu aku tulis. Chao~





Adios, sviors.