HOW I MAKE LOWPOLY/POLYGONAL ART ? - SVIORS

Thursday, October 27, 2016

HOW I MAKE LOWPOLY/POLYGONAL ART ?

Assalamualaikum and hi.





So hari ni aku tak tulis cerita apapun sebab aku stop dulu daripada menulis, bukan apa kekurangan idea and fokus pada benda lain. Nanti aku sambung balik menulis cerita tu, and thanks buat hampa-hampa yang sudi/rajin baca tu.


Untuk post kali ni aku nak share cara, macam mana aku buat seni lowpoly @ polygonal art. Sebelum ni aku post pasal ARTS WITH MICROSOFT EXCEL and then aku post pasal  LOW POLY @ POLYGONAL ART dan hari pasal ni. Entri kali ni mungkin agak panjang or just biasa-biasa saja.


Mungkin luaran, maksud aku seni yang dah siap di buat ni nampak cantik tapi ada benda yang kena touch-up disebaliknya. Meh sini aku nak tunjuk cara aku buat, mungkin dengan teliti dan satu persatu. Tak cukup dengan ayat yang aku tulis ni, nah aku sertakan sekali gambar-gambar sebagai bukti hasil kerja aku sendiri.


Ni cara aku sendiri buat seni ni, mungkin agak sukar bagi hampa yang tengok + baca ni but for me, this is my styles and I'm very comfortable with this :) Lain orang lain cara kan? Aku start buat seni ni dalam pukul 7 lebih sampai la ke pukul 9 lebih, tu pun belum berwarna lagi sambil dengar lagu Khai Bahar-Bayang; best pulak lagu ni.





SOFTWARE : Adobe Illustrator


1. Sebelum nak mula buat seni ni, nak kena buat apa?


Ok, pertama sekali, aku kena cari gambar dulu. Gambar bukan sebarang gambar tapi aku memerlukan gambar yang jelas dan size yang besar. Kira gambar HD laa yang aku cari, dan ni laa contoh dia; ukuran size gambar ni : 423 x 639



Cari punya cari, dapat laa gambar Hui ni dari kumpulan kpop rookie, 24K. 
Muka dia ni nak macam Gikwang dari kump. B2ST.   



Bukan apa, untuk memudahkan aku nak zoom in nanti dan takperlu aku nak susah-susah cari gambar lain dah. 

Lepas tu bila dah dapat gambar yang aku nak, aku bukak la Adobe Illustrator then aku nak kena ejas layer dulu, size layer first tu aku buat bagi sama dengan size gambar yang aku nak edit satgi ni. Then aku nak kena ejas color luar dgn dalam dengan ketebalan line pen yang akan aku guna satgi. Lepas tu aku akan place gambar kemudian aku nak ejas zoom pulak untuk mudahkan aku nak buat segitiga, then nak susunatur layer pulak.







2. Nak buat seni ni susah ke senang? Macam mana perkembangan satu persatu hasil tu?


Well, takdak benda/kerja yang senang. Semua tu kita kena hadapi, kena put effors sikit hahaha. Bagi aku, mula-mula tu hampir nak give up jugak but lama-lama dah terbiasa dan boleh teruskan. Aku takdak laa straight sangat nak ikut satu persatu. Maksud aku, ada jugak yang aku kecoh tapi kecoh tu bertempat la. Macam segi tiga kan, ada part yang agak susah nak membentuk segitiga, so apa lagi ikut jelaa bentuk asal pada gambar tu.


Mula-mula aku buat, memang nampak kemas, but makin lama/ makin banyak segitiga tu hampa akan nampak serabut/semak tambah-tambah lagi bila zoom in.




 bila zoom in nampak mata dia saja macam Vernon from SEVENTEEN



lepas tu bila zoom kat mulut nampak mcm BTS Jimin pulak hahaha


Kadang tu aku tak ikut flow/susunan macam nak kena buat dari atas ke bawah or bawah keatas like buat rambut dulu the baru kening semua tu NO. Aku takleh macam tu, aku buat ikut dan aku ja hahaha. Rasa nak buat line kat mulut then buat, kat hidung then lukis hahaha.






3. Part mana yang paling susah nak ikut/lukis?

Part yang paling susah bagi aku adalah kat bahagian mata sebab nak kena zoom habis, kadang tu aku zoom sampai 600 haa. Sebab nak bagi betul-betul ikut flow dia hahaha.









4. Final step?




Ok ni baru habis buat kat bahagian keseluruhan muka, belum baju lagi. Penat jugak laa aku nak buat benda ni tapi hasilnya memuaskan.


Yang ni yang dah siap ikut, aku buat sekarat ja sampai kolar baju tu.


 Ni gambar asal.

dan ni gambar hasil dari segitiga yang aku buat ikut gambar tu.
Nampak hodoh and takdak nampak macam gambar real kan?


Tengok kat bahagian yang aku kotakan dgn line putih tu.
Tu antara layer-layer yang aku wujudkan, satu layer satu bahagian.
Kiranya, untuk mata layer lain pastu untuk rambut bahagian lain. 
Aku buat macam tu sebab nak bagi nampak kemas dan mudah kerja.




Dah siap buat kat semua bahagian tu, aku kena group kan semua sekali takut ada yang lari/berubah kedudukan. Satgi kalau ejas, jadi macam lain pulak, penat den haa.





Untuk bahagian colouring pulak, agak membebankan hahaha sebab nak kena click satu persatu segitiga tu dan ambik masa jugaklaa. Mula-mula warna tu nampak pelik laa sebab rasa macam 'eh betul ke color macam ni, tapi aku rasa macam lain' but aku go on jugak and dah siap semua baru aku touch up bagai nanti. 


makin lama makin confident jadi sebab dah nak sikit hasil tu 



Macam aku kata awal-awal tadi, nampak macam elok ja semua luaran tapi bila aku remove gambar sebenar, nampak sikit-sikit cacat celanya then bila aku zoom in barulah nampak jarak-jarak antara segitiga tu. Jadi tak elok la kan bila nampak jarak-jarak ni, so kenal laa touch-up sikit.








In the end, so inilah hasilnya. Hampa boleh edit/hias lagi hasil seni yang dah dibuat ni ikut citarasa masing-masing.
Type One.

Type Two


Type Three



Apa yang aku buat ni biasa-biasa saja, tak berapa elok. Ada lagi yang pandai buat and pro pasal ni. Aku just share cara yang aku buat saja, semangat aku nak share pasal ni haha.
Apa-apa pun, takat ni dulu aku tulis. Chao~





Adios, sviors.




7 comments: