HOW I MAKE TEXT MASK OF LOGO AND WORD - SVIORS

Friday, October 28, 2016

HOW I MAKE TEXT MASK OF LOGO AND WORD

Assalamualaikum dan hi.




Semalam aku post pasal cara aku buat lowpoly art kan, so hari ni aku nak share cara aku buat text mask. Aku lebih suka tulis cara aku daripada tutorial, sebab benda ni aku belajar dari youtube then aku buat lepas tu, aku tunjuk cara nak buat hahaha. Macam biasa, sambil buat sambil dengar lagi Khai Bahar-Bayang.  


Kali ni aku nak buat 2 in 1 punya post, sebab cara nak buat tu sama tapi benda tu yang berlainan; 1 logo dan satu lagi word. Aku share ni sebab mungkin ada yang taktau pasal ni tapi teringin nak buat kan? So sama-sama belajar kan.


Again, aku sertakan gambar-gambar sebagai bukti aku buat hasil kerja ni.




SOFTWARE : Adobe Illustrator



Logo (kpop) 


1. Permulaan.



Ok first tu aku bukak Adobe Illustrator dulu dan aku create layer baru. Lepas tu aku placekan/insert logo gambar yang nak guna tu, aku pilih nak buat logo Monsta X. Bila dah placekan gambar tu, aku nak kena ejaskan ketebalan pen dengan warna sebab nak bagi mudah aku nak ikut balik logo tu; warna tu ikut citarasa memasinglah.









Aku pilih warna pink gelap sebab terang kan hahaha. Dah siap semua tu, aku remove gambar sebenar tu dan nampaklah hasilnya.







2. Pertengahan. 


Lepas tu, aku placekan/insert sekali lagi gambar; kali ni gambar yang cantik-cantik macam bunga ke, awan ke apa. Macam aku, aku pilik colorful smoke; cari kat google ja haha.






Sebelum nak mulakan proses seterusnya, kat logo Monsta X ni ada line yang aku buat. So aku kena pisahkan line tu dulu dengan logo M tu.



3. Akhir.



Lepas tu, aku mulakan proses-proses ni. Simple ja weh.



Aku clik pada logo M tu dan kemudian cari ;  Object - Compound Path - Make

Next,  aku klik sekali lagi logo M tu dan kemudian aku tekan Shift dan terus click kat gambar smoke tu sekali dan kemudian cari ; Object - Clipping Mask - Make








Dan inilah hasilnya, lepas tu aku masukkan balik line yang aku pisahkan tadi dan aku edit color line tu macam gmbar kat bawah ni.




Pink + Blue



Dah siap untuk logo ni, sekarang aku nak buat untuk word pulak.






Word




Kali ni aku buat text pulak, sebelum tu kena download font yang cecantik dulu kat dafont.com. 


Ok bila aku dah tulis word yang aku nak contohnya ; sa-viors, lepas tu aku right-click then aku pilih Create Outlines.





Dan akan jadi macam ni.




Lepas tu, macam yang aku buat kat logo tadi,



Aku clik sa-viors tu dan kemudian cari ;  Object - Compound Path - Make

Next,  aku klik sekali lagi sa-viors dan kemudian aku tekan Shift dan terus click kat gambar tu sekali dan kemudian cari ; Object - Clipping Mask - Make






This is it ! Inilah hasilnya.





Dah siap dah. Macam mana? Senang ja kan? 
Hampa-hampa pon boleh buat ikut citarasa hampa sendiri lepas ni. 

Kat bawah ni aku sertakan hasil kerja aku yang lain, extras.
Background transparent aku buat. Aku random ja hahaha.
Ambik ja kalau nak :)









Loves, sviors.





7 comments:

  1. Nice! For photoshop users, this is a clipping mask trick (:

    ReplyDelete
  2. pronya awak edit di AI, kite pandai PS je =)

    ReplyDelete
  3. OMG, lifetime thesis!!! yeayyy trima kasih svior, saya save naa.

    ReplyDelete
  4. terharunya nama 'anis nabilah' ada kt situ >.<

    ReplyDelete
  5. Wah cantiknyaaa! Thanks for the tutorial.. :D

    ReplyDelete
  6. pandainya.. kalau Unie buat ni sebulan pun tak siap2

    ReplyDelete
  7. @Iz Rdn : Yep, haha. Thank you :)

    @Shafuhan Smab : Haha, tak prolah. Dulu tau pkai PS ja. Thank you btw :)

    @Noor Maizan : Haha sesama :)

    @ANIS NABILAH : Haha.

    @Fatina :Fatin !! Haha, thanks and you're welcome.

    Uni Anje : Haha, tkpa belajar pelan2.

    ReplyDelete