SHORT STORY : THAT HOUSE - INTROVERTED GIRL

Friday, October 21, 2016

SHORT STORY : THAT HOUSE

Assalamualaikum dan hi.


1. A short and simple story.
2. Penulisan aku biasa saja, hanya sekadar bacaan di waktu lapang.
3. Maaf jika pembacaan hampa terganggu/ tidak menyenangkan kerana penulisan ini.
4. Enjoy reading.




Characters :

Dindin and Ozi




Hujan lebat membasahi jalanraya menuju ke Bukit Desa, Dindin menunggang motosikal dengan berhati-hati untuk pulang ke rumahnya. Hari ini, dia terpaksa pulang lewat dari tempat kerjanya kerana ingin menyiapkan tugasan kerja yang diberikan oleh bosnya iaitu Encik Wooshin.

"Ah, lebat pulak hujan malam ni."kata Dindin sendirian. Dindin meneruskan perjalanannya sambil sesekali memerhati kiri dan kanannya yang hanya ada pokok-pokok getah yang gerun lagi menakutkan, tiba-tiba Dindin terpandang sebuah rumah papan dua tingkat berhampiran dengan jambatan yang ingin dia lalui.

'Ada rumah la, baik aku stop kat situ dulu. Nanti hujan berhenti, aku balik la.'desis hati kecil dan kemudian Dindin membelok memasuki jalan ke rumah papan tersebut.


Sebaik tiba di rumah itu, Dindin memarkirkan motonya di hadapan rumah tersebut danterus memberi salam kepada pemilik rumah itu. "Assalamualaikum."Dindin memberi salam namun tiada sahutan dari pemilik rumah itu.


"Assalamualaikum. Mak cik, saya singgah sekejap ya di sini. Hujan lebat ni, takmampu saya nak teruskan perjalanan ni."terang Dindin sambil membuka jaketnya lalu duduk di atas tangga rumah tersebut.


Dindin melihat jam ditangannya menunjukkan sudah pukul 11 malam dan hujan masih lagi tidak berhenti. Tiba-tiba pintu rumah tersebut terbuka luasa dan Dindin terdengar suara seorang wanita menjemputnya untuk masuk ke dalam rumah itu. "Masuklah nak, mari kita makan sekali."kata wanita tersebut.

Pelik. Dindin tidak melihat wanita yang menjemputnya masuk tetapi dia hanya mendengar suara wanita itu dari jauh di dalam rumah tersebut. Niat di hati ingin masuk ke dalam rumah tersebut kerana sudah dipelawa, nanti biadap pula kata orang tetapi hujan yang lebat tadi tiba-tiba berhenti dan Dindin melihat jam ditangannya sudah pukul 11.50 malam.


"Takpela mak cik. Dah lewat ni, hujan pun dah berhenti. Saya balik dulu ya."balas Dindin, niatnya untuk masuk dibatalkan saja sebaik saja hujan berhenti.





Sebaik tiba di rumahnya, Dindin memasuki ke dalam rumahnya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Selesai saja mandi, Dindin duduk diatas sofa di sebelah rakan serumahnya iaitu, Ozi.

"Weh, asal kau balik lambat tadi?"tanya Ozi sambil menyuap sandwich ke dalam mulutnya.



"Ah tadi ni hujan lebat. Lepastu aku ada nampak sebuah rumah ni then aku singgah situ jap."balas Dindin bersahaja.


"Uish, beraninya kau. Tak takut ke malam-malam singgah rumah orang."


"Nak buat macam mana, Ozi. Aku terpaksa, lebat gila kot."balas Dindin, kini gilirannya pula menyuap sandwich yang dibeli Ozi petang tadi.


"Eh kau tau tak, rumah yang aku singgah tadi cantik kot. Rumah kampung dan besar weh."sambung Dindin lagi.


"Ye ke? Esok bawak aku weh, aku nak tengok jugak rumah yang kau kata cantik tu."Ozi meminta Dindin untuk membawanya untuk melihat rumah tersebut.




Keesokkannya...


"Eh Dindin, dah 4 kali aku rasa kita lalu jalan yang sama. Mana rumah tu?"tanya Ozi kehairanan, setahunya sudah 4 kali Dindin lalu di jalan yang sama dan rumah cantik yang dikatakan Dindin semalam masih tidak kelihatan.


"Betul la kat sini semalam rumah tu, aku berhenti kat sini semalam."kata Dindin kemudian memarkir motonya di hadapan sebatang pokok pisang. 'Takkan aku silap tempat kot. Tak mungkin.'desis hatinya sendirian.


"Assalamualaikum dik."tegur seorang pak cik yang hanya berkain pelikat dan berkemeja lusuh.


"Waalaikumsalam."jawab Dindin dan Ozi serentak. "Pak cik, kat sini memang tak da rumah ke?"tanya Dindin.


"Mana ada rumah kat sini, dah lama pak cik tinggal kat kampung ni tapi tak pernah pula pak cik nampak rumah kat sini."balas pak cik itu kehairanan.


"Tapi semalam sa- "


"Kamu silap rumah kot dik."balas pak cik berbaju kemeja dan berkain pelikat itu memotong percakapan Dindin.



'Habis semalam aku singgah kat mana? Suara yang aku dengar tu, suara sapa?"desis Dindin sendirian.


"Oih Dindin, jom r blah."sapa Ozi lalu menepuk bahu Dindin.



Sumpah, aku tak akan singgah lagi dimana-mana rumah yang aku nampak.



Aku serik.







THE END. 

6 comments:

  1. Fuh! nasib baik Dindin tak masuk rumah tu! hohoho >< Btw nice short story :D :D #salamPerkenalanFrom -Chie

    ReplyDelete
  2. Saya daftarkan diri sebagai fan short stories akak mulai saat ini :P

    ReplyDelete
  3. @Hana Chie : Hahaha, kan. Tq Chie :)

    ReplyDelete
  4. @Amira : Hahaha, terima kasih bebanyak, Mira.

    ReplyDelete
  5. Dindin mengambil keputusan yang bijak dengan tak masuk rumah tu. Kalau masuk, agaknya tak berjaya kuar ek? Hee. Nice story dear :) Memang suka genre seram nampaknya.

    I want to register as one of your fan short stories too =)

    ReplyDelete
  6. @Siqah Hussin : Yes, kalau tak hilang dia hahaha. Yup suka genre seram. Hahaha, thank you Siqah :)

    ReplyDelete