5 BARANG YANG AKU NAK BELI SEMPENA CNY SALES DI LAZADA

Assalamualaikum dan hi



Tak lama lagi dah nak Chinese New Year (CNY) so akan adalah jualan murah di mana-mana laman web online shopping. Untuk kali ini pilihan aku adalah LAZADA,  lagipula LAZADA ni memang trusted kalau nak buat online shopping. Ada macam-macam barang yang boleh kita shopping sempena jualan murah CNY yang ditawarkan di LAZADA, boleh klik di SINI atau klik saja pada gambar di atas.

Rambang mata jugak bila aku ke laman web LAZADA ni sebab banyak pilihan yang menarik perhatian aku tetapi buat masa sekarang aku cuma nak pilih 5 barang saja, yang memang betul-betul aku perlu dan inginkan.

Jom aku tunjuk satu persatu barang-barang tersebut.



Modern One - Piece Roll Up Curtain Clothes Wardrobe - Peach Bear

Wardrobe macam ni memang aku perlu ada sebab dia punya struktur tu nampak teratur dan kemas. Jadinya, bila aku susun dan lipat baju aku memang akan nampak teratur dan tak bersepah.



HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-In-One Printer  

Printer adalah salah satu keperluan yang betul-betul aku perlukan sekarang ni sebab dengan adanya printer akan memudahkan kerja-kerja aku seperti nak print borang dan sebagainya.




Toshiba Canvio Connect II External Hard Drive 2TB Red  

Bagi seseorang seperti aku yang suka sangat download movie dan jugak drama-drama Korea memang memerlukan external hard drive ni sebab kalau nak simpan semua kat dalam laptop memang tak tahan lama.





PF RL005B Men's Popular and Delicated Fashion Wrist Watch(Black)

Aku agak cerewet sikit dalam bab pemilihan jam tangan sebab aku ni jenis suka jam tangan yang nampak simple, menarik dan yang penting selesa. Jadi bila aku tengok koleksi jam tangan dekat ZALORA, memang best sangat sebab ada macam-macam pilihan yang menarik.

 


(Refurbished) Apple iPhone 6 Plus 16gb (Grey) [Grade A] 

Aku sebenarnya memang teringin sangat nak memiliki iPhone ni sebab bagi aku handphone ni menarik dan kualiti kameranya sangat best.



Oklah, itu antara 5 barang yang memang aku perlu dan inginkan. Macam aku tulis awal-awal tadi, memang rambang mata sebab barang-barang semua best dan menarik di LAZADA.

HATI DAN PERASAAN - Chapter 2




'Ah macam ni rasanya apabila cintakan seseorang tetapi tak mampu untuk luahkan.' 

Selepas itu aku menghabiskan  makanan aku dan kemudian aku kembali ke bilik aku untuk berehat. Akhirnya aku sampai jugak di bilik aku ni, penat kot berjalan dengan membawa perasaan yang sedih ni lepas tu jalan pulak sorang-sorang, selalunya berjalan dengan Irene tapi diorang pergi ‘date’ pulak.

Selesai saja mandi, aku terus menghempaskan diri aku di atas katil kesayangan aku sambil melihat tweets yang menarik untuk aku retweet kembali. Dalam aku tengah leka bermain telefon, muncul pula panggilan daripada emak aku.

“Hello, ah rindunya dekat mak. Mak sihat ke?” Aku memulakan bicaraku, sesungguhnya aku sangat merindui emak aku, keluarga aku sebab dah 4 bulan aku tak balik rumah dan terperap saja di kamsis.

“Hi Sorn, mak pun rindu kamu juga. Mak sihat sayang. Sebenarnya ada benda yang mak nak sampaikan kepada kamu ni.” Tiba-tiba nada suara emakku menjadi serius.

“Macam serius je mak.”

“Sebenarnya petang tadi ada orang datang rumah, nak masuk meminang kau.”

“Nak masuk meminang Sorn? Mak ni, tau laa kita ni dah lama tak balik. Nanti kita balik dekat mak ye tapi jangan la buat lawak macam ni.” Aku memberitahu emakku sambil ketawa. Gilalah sapa pulak yang nak masung meminang aku ni, tak lawak la mak aku buat macam ni.

“Sorn, dengar sini ya. Benda-benda macam ni mak tak suka buat lawak dan kamu pula jangan anggap benda ni main-main. Mak nak kamu balik rumah minggu depan. Mak dengan ayah dah terima pinangan diorang dan minggu depan korang akan bertunang, muktamad.” Penerangan emakku membuatkan aku terkedu dan tidak mampu untuk membuat apa-apa.

“Tapi mak, So-”

“Takda tapi-tapi ya, ingat minggu depan balik sini.” Emakku memperingati aku untuk balik ke rumah pada minggu hadapan dan kemudian memutuskan panggilan tersebut. Apakah yang terjadi pada aku hari ni? Pagi tadi aku kena tinggal dengan Yuta dan Irene lepas tu sekarang emak aku pulak bagitau ada orang nak masuk meminang aku. Ah, serabut betul!


Esokknya aku pergi ke kelas seperti biasa dan aku nampak Yuta dan Irene sedang bermesra dari jauh tetapi aku kuatkan hati aku ni untuk menerima semua itu.

“Hi korang. Awal betul hari ni.” Aku menegur mereka lalu duduk di sebelah Yuta.

“Hi Sorn, ha’ah kitaorang datang awal hari ni. Eh Sorn, kenapa muka kau macam pucat je aku tengok.” Sorn menegur aku. Aik diorang datang berdua ke? Ok mungkin apa yang aku tengah fikir sekarang betul, ada sesuatu yang diorang cuba sembunyikan dari aku.

“Pucat? Takdaklah, aku ok ja.” Aku membalas pendek. Entah hari ni macam takda mood untuk bercakap, macam takdak semangat tetapi aku perasan yang Yuta tidak bercakap dengan aku. Kenapa dengan dia ni? Mungkin aku perlu menegur dulu.

“Yuta, macam mana wayang semalam? Best tak?” Aku bertanya kepada Yuta sambil memaparkan wajah yang ceria tetapi di hati ni sebaliknya.

“Best gila kot, kan Irene. Lagi best sebab kau takdak. Kalu kau ada, seriously tak best langsung.” Yuta memerli aku. Come on Yuta, aku tau kau memang tak suka perangai aku kan.

“Hmm, yela tu. Aku ni apa la sangatkan nak dibandingkan dengan Irene.” Aku membidas kata-katanya.

“Eh korang jangan la bergaduh. Kau ni Yuta jangan la kasar sangat dengan Sorn ni, kawan baik kau kot.” Kini giliran Irene pula berbicara untuk meredakan keadaan.

“Dah la, malas pulak aku nak layan Yuta ni. Aku gerak dulu Irene, jumpa nanti.” Aku meminta izin untuk mengundur diri dan berlalu dari situ. Malas la aku nak duduk situ dengan perangai Yuta yang nak layan tak layan ja aku ni.


Sementara itu ...


“Ha tengok sekarang, kau punya pasal laa Sorn marah. Kau ni sampai bila nak buat perangai macam tu?” Irene memarahi Yuta kerana sengaja cari gaduh dengan Sorn.

“Yuta, sampai bila kau nak rahsiakan benda ni?” Sambung Irene lagi.

“Biar dulu, sampai mana nanti dia akan tahu jugak. Weh, aku nak pergi library dulu. Mengantuk gila nih, semalam aku ja yang drive dan kau pulak kerja tidur ja kat sebelah.” Yuta membalas dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Irene keseorangan.





[bersambung ...]

HATI DAN PERASAAN - Chapter 1





"Hah!! Termenung sorang-sorang." Irene menyergah aku dari belakang dan ketawa kerana melihat gelagat aku.


"Woi, kau ni Yerin. Agak-agak laa nak sergah macam tu, nasib baik aku takdak sakit jantung tau." Aku memarahinya, gilalah sapa jaa yang tak terkejut bila disergah macam tu sekali.


"Relax la, aku bergurau ja. Kau ni sensitif sangat la, ha mana si mulut murai tu?" Aku ketawa apabila mendengar soalan daripada Irene. Si mulut murai? Semestinya Yuta sebab dia ni memang rajin sangat bercakap mengalahkan orang perempuan dan Yuta juga salah seorang kawan baik aku...bukan, kawan baik kami.


"Entah la, aku dari tadi duk tunggu dia but still tak muncul-muncul ni." Aku membalas sambil mata meliar-liar mencari kelibat Yuta.


"Ha itupun dia. Kau tengok tu, boleh pulak duk menggatal dengan junior. Kita ni punya la lama tunggu dia." Aku merungut, selain daripada banyak bercakap Yuta jugak merupakan pelajar yang sangat popular dan mempengaruhi di kalangan para pelajar perempuan di universiti ini. 


Macam-macam cerita jugak aku dengar tentang Yuta ni, selalu keluar malam dengan perempuan and then selalu tukar-tukar perempuan but entahlah bagi aku dengan Irene, Yuta ni still ok saja dengan kitaorang. Mungkin sebab kami berdua ni kawan baik dia kot.


"Yo what's up, Sorn. Oh hi si cantik manis, Irene." Yuta menyapa kami berdua tetapi dengan nada yang berbeza.


"Sorry korang, aku ada hal tadi sebab tu lambat." Jelas Yuta sambil merampas botol air mineral aku lalu meneguk laju.


"Ada hal konon, percaya sangat." Aku memerli Yuta.


"Eh, betul laa. Tengok Irene, si mata bulat ni tak percaya pulak." Yuta mengadu kepada Irene dan Irene hanya mampu tersenyum melihat gelagat kami berdua.


"Eleh, macam laa aku tak nampak kau tengah dok menggatal dengan junior tu tadi. Kau ni kan pantang nampak perempuan cantik." Aku memarahinya.


"Ah malas la layan kau. Baik aku berbual dengan Irene lagi baik daripada dengan kau. Irene faham aku, kau tak." Yuta terus beralih kepada Irena dan memulakan bicaranya.


Walaupun Yuta kawan baik aku dan juga Irene tetapi layanannya terhadap kami berdua sangat berbeza. Dia lebih gemar bercakap kasar dengan aku tetapi sebaliknya pada Irene.

Jujur aku katakan, aku ada juga menyimpan perasaan cemburu tatkala situasi tersebut berlaku tetapi tak dinafikan, mungkin Irene lebih cantik dan memahaminya tetapi tidak bagi aku yang hanya biasa-biasa dan selalu memarahinya.

Saat ini apabila aku melihat keakraban diantara Yuta dan Irene di hadapan aku, terasa air mataku akan mengalir pada bila-bila masa tetapi aku kuatkan diri aku untuk menahannya dari keluar. 


"Sorn? Sorn, kau ok ke tak ni?" Tiba-tiba bahu aku ditepuk oleh Irene yang sedang berdiri di hadapan aku.


"Y-Ya? Apa Irene?" Aku kembali kepada realiti dan kini dihadapan aku berdirinya Irene dan juga Yuta sambil memandang aku.


"Kau nak ikut kitaorang pergi tengok wayang tak? Jom la sekali." Irene memujuk aku untuk pergi bersama-sama mereka.


"Tak perlu kot nak ajak dia ni, dia takdak lagi aman kot." Belum sempat aku menjawab, Yuta tiba-tiba mencelah sambil ketawa. Aku faham baginya mungkin ianya hanya gurauan tetapi pedih juga hati ini apabila mendengar kenyataan tersebut.


"Takpa la, aku ada hal kejap lagi. Korang pergi la, have fun okay." Aku membalas dan kemudian melambai-lambai kepada mereka. Sebaik saja mereka berdua hilang dari pandangan aku, air mataku tiba-tiba mengalir laju membasahi pipiku.



'Ah macam ni rasanya apabila cintakan seseorang tetapi tak mampu untuk luahkan.' 






[ bersambung ... ]

HALF DAY WITH MY DAD

Assalamualaikum dan hi.



Mulanya, buat masa sekarang aku tengah cari kerja so kena laa print borang dan photostat ic semua tu. Memandang printer aku rosak, terpaksalaa keluar p Kangar pulak. Dalam masa yang sama, aku ni dulu tak p ambik sijil spm and now baru nak terhegeh-hegeh nak cari sebab kalau nak mintak kerja kan the main document yang depa nak adalah sijil spm (penting sangat). 

So semalam aku dengan semangatnya download segala borang-borang permohonan kerja yang aku nak mintak dan lepas tu aku cari sikit maklumat tentang sijil spm ni; macam mana nak dapatkan sijil spm, sebab kalau nak p mintak kat sekolah mungkin depa dah pulangkan.

Cari punya cari aku baru tau tentang wang pos, hahaha teruk benor laa aku ni umur dah 22 tapi taktau apa benda wang pos tu. Lepas tu bukak satu blog ni, dia cerita pengalaman beli wang pos and bila dah habis baca baru aku tau, nak beli wang pos ni taklaa susah pun sebenarnya.

Pagi tadi, ayah aku nak keluar p tukar minyak kereta kak aku so aku ambik peluang ikut sekali. Banyak jugak tempa yang aku p, mula-mula stop dekat pejabat poslaju dulu sebab nak beli sampul pos ekspress. Pehh lega hati sebab tengok dari luar memang takdak orang lagi and aku pun keluar dari rumah dalam pukul 9 lebih kan. Bila masuk, aku terus senyum kat kerani tu and guess what, he's cute hahahahaha (mengada pulak).  

Kat poslaju situ tak perlu ambik nombor pun, just beratur ja sebab pejabat kecik kan. Bila dah sampai kaunter, cakap kat dia 'Nak beli sampul pos ekspress' 'Size apa?' 'Yang size A4 tu. Nak 5 keping' Then dia p ambik lepas tu kena RM20 lebih-lebih ( aku takingat). So bayar and then cakap terima kasih lepas tu aku blah. Fuhh, lepas dah satu hal.

Lepas tu aku ajak ayah aku p kedai photostat pulak, kedai tu memang aku selalu p sebab pekerja depa mesra belaka, mau sombong aku takp dah. Mula-mula aku p print dulu kena RM5.50 lepas tu aku photostat sijil and beli klip kerta kena RM1.80 macam tu and now dah settle untuk dua hal.



Then aku ajak ayah aku p pejabat pos dekat Bukit Lagi, sebab yang tempat poslaju tadi takdak wangpos. Dalam perjalanan tu, ada pulak eksiden melibatkan sebuah bas dengan 4-5 buah kereta; kisahnya bas tu takdak brek then nak stopkan bas tu terpaksa langgar kereta-kereta yang parking di tepi jalan tu. Benda nak jadi kan nak buat macam mana, aku rasa bas tu mungkis dari Alor Setar sebab bas maraliner.

Bila sampai ja kat pejabat pos tu, aku pun masuk and beratur (sama jugak, takpakai nombor), lama jugak kat depa aku ada dalam 8 orang macam tu. Part ni memang tergelak dan agak letih la (well first time nak beli wang pos kan), bila sampai ja kat aku then aku cakap 'saya nak beli wang pos' 'dah isi borang?' 'borang? belum.' 'mintak isi borang dulu'. Peh, aku beratur lama jugak tadi tuptup sampai kaunter aku kena isi borang pulak hahaha, nak buat macam mana kan jadinya ambik ambik borang yang kena isi tu lepas tu aku ajak ayah aku p kat tempat nak tukar minyak tu.

Sampai sana, aku cari port kosong then duduk sensorang kat situ. Aku isi borang untuk wang pos tu lepas tu aku isi laa mana-mana borang permohonan kerja sementara tunggu ayah aku kan. Tengah dok isi borang untuk nak mintak sijil spm tu, ada kenyataan pulak yang ditulis 'salinan kad pengenalan diperlukan', masyaallah nak kena p photostat ic pulak dah.



Depan
Belakang



Bila dah siap pasal kereta, aku p balik kat pejabat pos Bukit Lagi tu, kena beratur pulak sekali lagi. Alhamdulillah kali ni berjalan lancar and kena bayar RM30.85 sebab kalau nak ambik sijil spm memang kena beli wang pos RM30. Dah settle pasal wang pos, kad pengenalan pulak nak kena photostat, ingat nak cari laa kedai berdekatan kan tapi takdak  hahahaha sedih ooh. 



Lepas tu putuskan nak p beli lauk-pauk untuk di rumah dulu then baru p kedai photostat. Bila dah sampai kedai tu aku p photostat ic then siapkan dokumen semua and masukkan dalam sampul pos ekspress. Last sekali, aku masukkan sampul tu dalam peti surat color kuning; letih weh ulang-alik hahaha tapi takpa aku jadikan sebagai pengalaman.

Moralnya, sebelum nak keluar tu pastikan semua benda tersedia, dan baca dulu apa-apa arahan yang ada pada mana-mana borang permohonan.



Sampai sini dulu aku menaip, next entri aku tulis pasal Goblin pulak (OMG, dah habis dah drama tu).


Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com





Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 

 1. Wajib Follow Blog Sponsor

2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor

4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017

Good Luck !!

SENARAI 2017 SA-VIORS BLOGLIST DARI JANUARI - DECEMBER

Assalamualaikum and hi



Sebelum ni aku ada publish entri pasal senarai bloglist ni tapi dari Jan until Jun saja. Macam yang aku dah bagitau, aku buat bagi adil semua, so buat sapa yang dah join segmen bloglist aku hari tu; aku letakkan dalam bloglist aku but bulan by bulan. Yang aku buat hari tu macam serabut ja sebab tu sekarang aku publishkan sekali lagi.


Aku buat dua bulan terus. So hampa boleh check balik hampa kena bulan yang mana, don't worry semua ada ya. 1 bloglist untuk dua bulan ada 6 blogger, clear? Good then. Have a good day guys and till we meet again.



Memandangkan gambar takleh klik, aku besarkan terus.


















Planner & Calendar Giveaway

Assalamualaikum dan hai



Satu lagi giveaway dari Kak Sha and semoga murah rezeki Kak Sha ya. Untuk yang nak join tu, klik banner di atas tu. Syarat nak join mudah ja so tunggu apa lagi, cepat-cepat join mana tau ada rezeki kan. 

Instagram takdak.



Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

 Assalamualaikum and hi.



Beberapa hari yang lepas, aku ada ternampak pos Sis Lyssa tentang Chinese New Year Megasales Giveaway daripada nile.com.my. 

Sebelum tu, aku pernah shopping online di nile.com.my ni; dah 3-4 kali macam tu dan servis diorang memang memuaskan dan boleh dipercayai. Jangan risau kalau nak beli online di nile.com.my ni, memang boleh percaya dan memuaskan serta berbaloi.

Berbalik pada giveaway ni, jom reramai kita join bagi memeriahkan lagi giveaway ni. Boleh klik banner di atas untuk tengok items pilihan and antara 5 items pilihan aku adalah :




Product: Sport Bucket bag
CNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only




Product: Handbag
CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 260 units only




Product: Storage Box
CNY2017 Sales price: RM7.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 316 units only




CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only




Product: Cardigan
CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only

Make It Yours Giveaway by Luqman Zakaria


Satu lagi giveaway yang dibuat oleh rakan blogger kita iaitu Luqman Zakaria. Jom ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ni. Hadiah-hadiah pun best and jangan lepaskan peluang untuk join, mana tau kot-kot ada rezeki kan.

Klik banner kat atas tu untuk join bersama, syarat pun mudah. I don't have instagram.

I AM NOT FINE WITH VROMANCE's I'M FINE

Assalamualaikum dan hai



Ingat nak tulis pasal drama Goblin untuk episode 11 and 12 tapi mood kelaut pulak sebab mood lain mai haha. Selalunya aku tak suka sangat tulis pasal lirik lagu ni tapi beberapa hari yang lalu, aku ada dengaq lagu (korea) baru dari kumpulan VROMANCE - I'm Fine yang baru saja buat comeback. 

Mula-mula aku tengok lirik dulu sebab syarat aku nak download or minat kat lagu korea ni wajiblah aku tengok lirik dulu (english translation laa); bila dah tengok english translation untuk lagu ni, seriously, I'm NOT fine

Lepas ja tengok lirik tu, aku tengok pula music video (MV) lagu ni. Hahaha, aku teriak jugak sikit mana dengan muzik yang sedih tambah pulak suara penyanyi tu. Hampa kalau ada mana, try laa tengok music video lagu ni and search jaa tajuk yang aku tulis awal-awal tadi.





Bermulanya MV ni dengan munculnya sebuah kedai, kedai gambar aku rasa sebab banyak sangat kamera. Lepas tu keluar laa seorang pakcik ni letak satu gambar kat luar. First aku tengok MV ni sampai pertengahan and I was like 'Oh ada 4 cerita yang berbeza'. 






Gambar first tu menunjukkan dua orang budak lelaki dekat airport, dua-dua nampak sedih sebab nak kena berpisah and salah satu budak lelaki tu bagi hadiah robot dekat sorang lagi.









Yang kedua pulak kisahnya lelaki ni kena tinggalkan ibu bapa dia sebab nak kena masuk tentera. Ibubapa mana yang tak sedih sebab kena berjauhan tapi nak buat macam mana kan.






Untuk yang ketiga ni ada tunjuk seorang lelaki and perempuan ni tengah gaduh. Si lelaki ni pujuk but perempuan tu takmau, siap bagi balik cincin kat lelaki tu and well lelaki tu frust lah.





The last one ni yang menyebabkan aku teriak hahaha sebabnya aku takboleh tengok orang tua-tua, kesian weh. Kisah ni dimana si isteri ni sakit and si suami ni ad disisi jaga perempuan tu. Akhirnya, si perempuan tu mati. Oh gosh, teriak weh. Nak tau dak, yang mati tu isteri pak cik yang awal-awal aku tulis tu; yang tengah letak gambar tu.







In the end, rupanya dari kisah satu sampai last ni adalah kisah hidup pak cik tu sendiri. Aku cadangkanlah untuk hampa tengok MV ni, hahaha cadang jaa. Kat bawah ni aku sertakan english translation untuk MV ni, mendalam jugak. Hayatilah ~ 





English Translation



You worried a lot, it wasn’t easy for you
I could tell by looking at you face
Break-ups hurt, the end is scary
But fortunately, time erases
I’m fine I’m fine

You can leave me now
It’s alright, don’t be sorry
I’m fine I’m fine

After time, even the pain will be forgotten
Don’t look back and leave, I’m alright
I’m fine I’m fine I’m fine

That sad face doesn’t suit you
I’m about to cry too
Goodbyes don’t have to be sad
Scars will form but time will heal
I’m fine I’m fine

Sadness remains tears come
I will miss you but I will overcome
I’m fine I’m fine

Even if it’s not our good times
Smile, don’t be sorry
I’m fine I’m fine

Even this feeling of missing you will be forgotten
Don’t hesitate anymore and leave
I’m alright

I’m fine I’m fine I’m fine

KARI DAGING KAMBING

Assalamualaikum dan hi.




Hari ni nak share resepi yang aku dah masak, mungkin yang lain dah tau tapi aku nak share jugak sebab aku baru tau resepi haha. Actually aku tak tau apa nama resepi ni so aku letak Kari Daging Kambing

Resepi dari suami angah aku, dia orang Pakistan and dia ajar angah aku resepi sana then aku mintak angah aku ajarkan. Bagi aku, masakan ni tak susah pun sebenarnya ( haa belagak lol).

Here we go.







BAHAN-BAHAN :

Daging kambing (ikut korang berapa slices nak)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu kari daging
2-3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar (blend@potong)
3 biji cili padi
Lada hitam
Jintan manis
Air 
Garam





CARA-CARA :

Potong daging kambing kecil-kecil kemudian basuh.
Rebus daging kambing tadi sampai kering air.


Untuk bagi daging lembut : Masukkan daging dalam kuali dan isikan air sampai hapus daging tu. Kemudian masukkan sedikit gula. Biar sampai kering air or daging tu lembut. Kalau tak lembut lagi, tambah air lagi.



Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
Tumis bawang yang dah diblend@dipotong tadi sampai naik bau.
Masukkan tomato dan masak sampai jadi pes, kira sampai hancur laa dan masukkan cili padi.

Masukkan lada hitam dan jintan manis, make sure lada hitam dan jintan manis ditumbuk bagi halus dulu. Kemudian kacau sebati.

Masukkan kari daging dan kacau. Kemudian masukkan sedikit ait, lebih kurang setengah cawan sebab takmau bagi pekat.

Masukkan ubi kentang dan biarkan mendidih.

Perasakan dengan sedikit garam.

Last, masukkan daging kambing dan gaul semua sekali.



Boleh dimakan dengan nasi. Selamat mencuba ^^



さようなら

Back To School Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum dan hi


Aku dapat jemputan dari Abam Kie tadi untuk join giveaway ni, terima kasih Abam Kie. Ini adalah giveaway kedua dari Abam Kie yang aku join, moga-moga ada rezeki lagi insyaallah.

Aku nak ajak rakan-rakan blog yang lain untuk join giveaway best ni dan jugak bagi memeriahkan lagi giveaway ni. Kalau nak join sekali klik saja banner kat atas tu.




2 RAKAN BLOGGER BERTUAH, TAHNIAH.

Assalamualaikum and holla


Aku baru jaa balik dari Padang Besar, akhirnya orang tak banyak kat sana. Sebelum ni aku p bukan main banyak orang tu pun tak masuk Padang Besar lagi; penuh dengan bas, biasalah kan cuti sekolah. Dan sekarang orang tak banyak dan mudah untuk aku shopping kat Padang Besar, happynya.

So masuk dalam arked tadi, aku dengan mak aku jalan punya jalan ternampaklah beg kecil yang comel sangat (bagi aku lah) ; beg tu boleh buat pencil box atau nak letak handphone dan seangkatannya pun boleh- aku panggil beg serba guna senang.

Comel tau, ada tulis Padang Besar Thailand (aku beli 3) dan aku dengan happynya nak bagi kat 2 rakan blogger bertuah, yang satu lagi tu aku nak hahaha.


Jadi, 2 orang yang bertuah tu ialah : 


http://missobsesi.blogspot.my/




http://www.leaazleeya.com/






Tahniah and selamat maju jaya dalam dunia blogging.



Kepada 2 orang tersebut, cepat-cepat emel kat aku di sfrnfzl@gmail.com ; kalau lambat aku tukar orang nanti hahaha.



Nama
Alamat
Url blog
No Tel



Tarikh pengeposan tu taktentu lagi tapi aku akan pos, aku carik masa sikit and yeah kalau dah dapt tell me yah. Yang tak dapat tu, jangan sedih. Insyaallah aku aku cari lagi rakan blogger bertuah and aku akan bagi hadiah lain pulak nanti. Stay tuned okay?