Thursday, February 23, 2017

Cerpen Pendek : Surprise!



Pernah tak korang keluar nak pergi mana-mana lepas tu tengok-tengok handphone habis bateri. Ha macam tulaa yang jadi kat aku sebab aku ni jenis tak ambik hal pasal telefon ni. Bila kawan lama ajak lepak, aku on saja dan bila nak keluar terus capai handphone sekali.

Aku ingat lagi malam tu aku tengah kemas meja aku dan bersiap sedia untuk balik rumah. Macam ni laa aku, jenis rajin bekerja sampai malam. Kawan-kawan pejabat aku ada jugak nasihat kat aku macam ‘Ingat Jan, jangan kerja sampai lewat malam’ ‘Sudah sudah la tu Jan, dah lewat ni’ tapi aku biarkan saja, malas pulak aku nak layan diorang tu lagipun aku ni jenis yang kena siapkan kerja dulu baru hati ni lega dan tenang.

Sebaik saja aku masuk dalam kereta aku terus menghidupkan enjin kereta aku dan tiba-tiba handphone aku vibrate. Inilah perangai aku yang tak bagus sebab suka silentkan handphone, aku lebih suka biar silent dan vibrate ja dan bila dah sampai rumah baru aku off silent tu. Aku capai handphone aku dan terus baca whatsapps yang diterima.



Adam;
     Ijan, aku baru ja sampai Malaysia semalam.
     Jom lepak kejap lagi?


Kau ni, serius ke? Asal tak cakap awal yang kau nak balik Malaysia?
Lama gila kot tak jumpa kau.

Adam;
     Haha, saja nak buat surprise kat kau.
     Jom laa malam ni eh?

Saja ja kau ni. Aku baru ja keluar dari office nih.
Aku cari kedai lepak dulu, lepas tu nanti aku send location kat kau.

Adam;
     Ok cun.
     Jumpa kejap lagi.



Mesej whatsapps kami berhenti di situ dan aku kemudian beredar dari tempat kerja aku untuk mencari tempat lepak yang best buat kami bergosip. Gilalah, memang lama kot tak jumpa dengan kawan baik aku sendiri. Bukan senang dia nak balik Malaysia, dah alang-alang ada kat sini baik jangan lepaskan peluang yang ada.



Setelah hampir 45 minit mencari tempat lepak untuk kami bergosip, akhirnya aku tenampak warung kecil di tepi jalan. Aku memarkir kereta dihadapan warung tersebut dan aku melihat sekeliling warung tersebut. Cun lah warung ni, pelanggan pun ada seorang dua saja tambah pulak dengan persekitaran yang bersih di warung ni.

Sebaik saja aku keluar dari kereta, aku terus menuju ke meja untuk duduk dan ingin menghantar whatsapps kepada Adam. Tetapi nasib malang menimpa aku di mana handphone aku takdak bateri, langsung takdak bateri. ‘Aduh, takdak bateri pulak.’

Ketika aku sedang merungut seorang diri, tiba-tiba datang seorang pakcik berbaju kemeja lengan pendek yang berwana coklat dan sangat lusuh serta berkain pelikat biru sambil tersenyum kepada aku.

Anak ni nak minum apa?”Pakcik tu tanya aku dan terus aku jawab, “Saya nak air kosng je dulu.”

Sebaik saja pakcik tu beredar, tiba-tiba Adam muncul di hadapan aku. ‘Woi Adam, bila masa kau sampai ha?”Gila terkejut kot tiba-tiba ja muncul.

Adam yang kini duduk di hadapan aku hanya mampu tergelak apabila melihat wajah terkejut aku. “Mesti kau terkejut kan, aku baru ja sampai ha.”

Sedang asyik kami bersembang, pakcik tadi datang ke meja kami sambil membawa makanan dan minuman yang kami order tadi. Aku makan nasi goreng biasa dengan air kosong lepas tu Adam pulak makan maggi goreng dengan sirap ais.



Aku melihat jam tangan aku, alamak dah pukul 2 pagi laa. Kemudian aku bergegas bangun pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Selesai saja membuat bayaran, aku meminta diri untuk beredar sebab dah lewat sekarang, esok kena masuk kerja.

“Adam, nanti bila-bila kau balik sini lagi kau roger aku tau. Bukan senang kita nak lepak macam ni.”

“No hal bro. Thanks belanja aku, jumpa lagi bro dan jaga diri.”Adam membalas dan kemudian melambai-lambai kearah aku. Sebaik saja aku memasuki kereta, aku terkejut apabila mendapati kelibat Adam yang tadi berada di hadapan kereta aku kini tiada.

‘Aik, laju ja Adam ni jalan. Aku baru ja masuk kereta.’Aku membebel seorang diri.



Ketika sampai di persimpangan Kampung Meja, aku tiba-tiba teringat yang aku tertinggal jaket aku dekat warung tadi. Niat di hati tu nak ambik esok ja tapi jaket tu jaket kesayangan aku kot, jadinya aku cepat-cepat patah balik dan memandu laju untuk sampai ke warung tadi.

‘Aik, aku rasa warung tadi ada ja kat sini.’Aku mengomel sendirian.
Aku tak puas hati sebab warung yang aku berhenti lepak dengan Adam tadi tidak kelihatan lalu aku membuat keputusan untuk meneruskan lagi perjalanan aku untuk mencari warung tersebut.

Dah hampir 40 minit aku memandu sepanjang jalan ni tapi warung tadi masih tak kelihatan. Mungkin malam kot lepas tu gelap pulak dan akhirnya aku membuat keputusan untuk datang ambik jaket aku keesokkan harinya.



Apabila sampai saja di rumah, aku meletakkan beg aku dan kemudian terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebaik saja selesai membersihkan diri, aku kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen sebelum aku masuk tidur.

Sedang aku asyik menonton rancangan ulangan drama korea Goblin , baru aku teringat yang handphone aku takdak bateri. Kemudian aku mengambil handphone aku dan mengecasnya lalu aku letakkan di atas meja di hadapan aku.

Aku baru ja nak pegang remote control tapi aku mematikan niat aku itu, aku kemudian memandang tajam handphone aku dan cepat-cepat aku on handphone tu. Sebaik saja handphone aku dah on, terus aku bukak whatsapps dan mesej Adam.



Kau ada kat mana bro?



Aku teringat kembali yang aku hantar location kat Adam tadi tapi macam mana Adam boleh muncul pulak. Lepas tu aku perasan yang Adam ni diam dan senyum ja tadi, aku pulak yang petah berbicara. 

Pelik.

Aku melihat mesej yang aku hantar kat Adam, grey-tick. Mungkin tengah drive kot aku rasa. Baru ja nak letak balik handphone atas meja, tiba-tiba ada call pulak yang masuk.

Mak.

Tiba-tiba pulak mak aku call tengah-tengah pagi buta nih.

“Assalamualaikum, ya mak.”

“Shafizan, kamu ni tak reti ke nak tengok handphone kamu tu? Tak reti ke nak jawab call dari mak? Berpuluh kali mak call kamu tapi langsung tak angkat.”Mak memarahi aku bertubi-tubi dan aku hanya mendengar bebelan mak itu.

“Ye mak, orang salah. Orang mintak maaf. Kenapa mak call nih?”Aku mengakui kesalahan aku sebab aku tau selagi aku tak cakap macam tu, mak mesti tak berhenti membebel.

“Ni haa mak nak bagitau yang Adam kemalangan pagi tadi. Sekarang dia ada di hospital kat ICU.”Terang mak.

“Eh mak ni, takpayah nak buat lawak. Tahulaa orang tak jawab call mak tadi tapi jan-”

“Jan, benda-benda macam ni mak tak suka buat main-main tau. Mak Adam call tadi cakap Adam accident.”Terang mak aku lagi.

Tidak sempat mak aku meneruskan kata-katanya, aku segera memutuskan panggilan tersebut. Apa yang dah berlaku ni? Habis dengan sapa aku lepak tadi? Bermacam-macam soalan muncul dalam kepala aku dan aku tidak senang duduk. Sekarang dah pukul 3.30 pagi lepas tu aku pulak duduk sorang dalam rumah ni, memang tak kelakar la mak.

Aku kemudian membuka whatsapps untuk melihat mesej yang aku hantar kepada Adam tadi, blue-tick. Ah, tiba-tiba ja aku rasa seram sejuk. Selang beberapa minit kemudian aku menerima mesej whatsapps dari Adam.


Adam;
     Aku kat belakang kau, Jan.


Sebaik saja aku membaca mesej tersebut, jantung aku berdegup kencang.


Tak kelakar weh.


Tiba-tiba

Kedua-dua belah bahu aku dipegang erat dari belakang.


dan Adam berbisik,


Surprise!




_____________________________________________

Mula tu nak buat watak perempuan, Lisa and Rose tapi tak sesuai pulak sebab jalan cerita sampai pukul 3-4 pagi. In the end, Shafizan and Adam jadi pilihan ^^

Thursday, February 16, 2017

BTS - From NOBODY to ARTIST OF THE YEAR

Assalamualaikum dan hi


Tadi baru ja lepas main tweet tweet dengan Sis Mai hahaha and now aku beralih ke sini pulak. Actually post ni aku nak tulis tentang satu kumpulan lelaki dari Korea, kalau nak baca silakan hahaha kalau takmau pun takpa sebab mungkin ada yang tak berminat pasal 'kpop' kan.

Kpop memang tak asing lagi di Malaysia, bahkan bukan di Malaysia saja tapi di seluruh negara. Bila sebut saja 'kpop' mesti kenal Bigbang, Wonder Girls, Girls Generation, Super Junior, 2NE1, SHINee, EXO kan? Mereka mereka ni adalah artis daripada 3 syarikat entertainment besar di korea iaitu SM Entertainment, YG Entertainment JYP Entertainment and takat yang aku tengok artis dari SM Entertainment yang boleh dikatakan paling popular dan Bigbang + 2NE1 from YG Entertainment but sadly 2NE1 and Wonder Girls dah dibubarkan. Aku mengaku laa yang aku pun ada jugak minat artis dari 3 syarikat ni antaranya SHINee.



BTS dulu

BTS kini



Tapi suatu ketika dulu dalam tahun 2014-2015, kalau aku tanya dekat sesetengah peminat korea 'kenal BTS or Bangtan dak?' dan berkemungkinan jawapannya 'tak kenal' atau 'sapa tu?' Kat sini aku boleh bagitau sebab apa, ini mengikut pandangan aku saja nah and no harsh words to me okay? Bagi aku mungkin peminat-peminat tak kenal Bangtan atau lebih dikenali sebagai BTS ni sebabnya depa ni bukan dari 3 syarikat tersebut. BTS dibentuk di BigHit Entertainment di mana yang aku tau BigHit ni hanya syarikat biasa saja.


Meh sini aku cerita sikit pengenalan pasal BTS nih;

BTS yang juga dikenali sebagai Bangtan Boys yang mempunyai 7 orang ahli iaitu Rap Monster (realname : namjoon ) as leader, Jin (realname : seokjin) + Jimin + Jungkook + V (realname : taehyung) as vocals and Suga (realname : Yoongi) + J-Hope (realname : Hoseok) as rappers. Depa ni di bentuk oleh BigHit Entertainment dan di korea BTS ni disebut Bangtan Sonyeondan.



**Kalau hampa ada tengok Hwarang, mesti hampa kenal V hahaha**


Ok sekarang ni aku nak cerita macam mana depa ni daripada takpernah dapat anugerah apa-apa sampai ke hari diorang dapat anugerah utama. Selalunya bila aku tengok any award macam Melon Music Awards, Golden Disk Award, Seoul Music Award dengan MAMA, artis yang menang MAIN AWARDS hanyalah artis dari 3 syarikat besar tadi; SM YG JYP. Itu apa yang aku laa takat yang aku pernah tengok (haa, jangan nak bash aku bagai hahaha lol)

BTS ni debut sebagai artis pada tahun 2013 dengan lagu No More Dream, tapi tak pernah menang dekat mana-mana music show tapi depa dapat award sebagai New Artist of The Year di Melon Music Award. Bila BTS ni ada dapat beberapa awards, mula laa ada haters yang cakap itu ini pasala BTS, kutuk depa ni. Lepas tu ada jugak yang cakap yang depa ni takboleh p jauh, just biasa-biasa jaa. Biasalaa kan bila someone tu berjaya ada jaa yang tak puas hati.


Kat bawah ni aku senaraikan antara isi hati daripada ahli-ahli BTS sendiri dan juga apa yang haters pernah kata kat depa ni (ni aku translate malay balik secara kasar ja);




BTS dipanggil 'arrogant rookie' dan 'the kpop dirt' masa depa debut dulu.

Ada orang pernah tanya dekat Rap Monster, apakah komen yang sangat terluka pernah dia dengar untuk dirinya dan jawapannya adalah 'Tinggalkan BTS'.

Rap Monster dengan Jin adalah ahli yang kurang diminati peminat dan ada haters cakap yang Jin hanya ada rupa yang kacak tapi takdak talent pun sebenarnya dan BTS akan maju kalau takdak dia.

Ada orang pernah tanya dekat Jimin, macam mana awak boleh kurus sangat dan jawapannya adalah 'Berlapar'.

Peminat selalu cakap yang J-Hope, Suga dan Rap Monster ni adalah ahli kumpulan BTS yang hodoh.

Dulu Suga dengan Rap Monster ni adalah underground rapper, then bila depa dapat masuk BTS, peminat gelar depa ni sebagai 'fake rappers'.



"Ianya satu perkara yang bagus bila orang mendengar muzik melalui V and Jungkook yang kacak. Ianya mesti bagus." - Suga


"Awak takperlu datang untuk tengok/jumpa kami kalau awak penat. Jangan buang masa untuk kami, tiada apa yang istimewa pada kami." - J-Hope


"Tolong sayangi setiap ahli dengan sama rata. Jangan tinggal seorang pun." - V




Dari tahun 2013 sampai awal 2015 depa ni tak pernah menang dalam mana-mana music show pun tapi depa jugak ada berharap untuk menang sebenarnya. Ada satu part tu yang Suga cakap "We don't make any money!". Tetapi disebabkan hasil titik peluh dan usaha dari BTS sendiri juga sokongon padu dari peminat BTS sendiri yang dipanggil ARMY, pada 5th Mac, BTS dapat no 1 di music show, The Show dan lepas tu depa menang 5 kali di musci show antaranya; Music Bank, Show Champion, M! Countdown. Lagu depa yang bertajuk I Need You yang menyebabkan depa menang sejak dua tahun debut sebagai artis. 

Ada satu lagi perkara pasal diorang di mana BTS waktu ni tak ada banyak duit untuk nak buat music video, well nak buat music video pun guna kos yang besar jugak. Mungkin sesetengah tau pasal ni and mungkin sesetengah tu tak tau. Kalau hampa ada tengok music video untuk lagu Run, kat situ ada beberapa orang macam ganster pakai hoodie kan; haa yang tu semua manager managet depa and ada jugak dalam tu guna beberapa buah kereta dimana kereta-kereta tersebut adalah milik producer depa sendiri.



Tapi kini dengan kejayaan BTS dan populariti mereka yang melonjak naik, depa dah ada duit dan boleh buat music video yang best and cantik gitu. Dari awal depa debut memang depa banyak terima kutukan laa and depa memang down sangat tapi ARMY ni sentiasa mengembalikan semangat depa nih. 

Sebenarnya BTS ni memang sangat berbakat, Rap Monster produce depa punya lirik dan sebagainya. Rap dari J-Hope, Suga and Rap Monster memang best and vocal dari Jin, Jimin, Jungkook and V memang menawan bagi aku hahaha, seriously.



Kini, BTS dah menang dua MAIN AWARD iaitu Best Album of The Year dengan Artist of The Year pada tahun lepas, 2016. Bayangkan daripada New Artist dah jadi Artist of The Year, memang cita-cita depa jadi kenyataan. Itupun ada jugak yang tak puas hati cakap yang undian untuk BTS tu hanya undian kesian jaa. Hahhaha haters kan, biarlaa. Laa nih, kalau BigHit Entertainment upload jaa music video baru dari BTS, tak sampai 24 jam pun view dah mencecah berbelas million.

Aku tulis kat sini pasal BTS sebab just nak tunjuk yang depa ni bukanlaa terus jadi popular tapi depa ni bermula dari bawah dengan hanya dari syarikat yang kurang dikenali, ksyarikat biasa-biasa saja. Sekarang nih BTS dah jadi rolemodel bagi artis-artis yang baru debut dari syarikat-syarikat kecil/ kurang dikenali macam BigHit dulu. 

Panjang pulak aku tulis and bersemangat pulak tu. Hahaha, aku jugak salah seorang ARMY weh sebab tu laa and semua pasal BTS ni aku bukan main tulis jaa, aku buat research dulu hahaha. Have a good day and leave your comments/thoughts, muahciked.


Wednesday, February 15, 2017

UNEXPECTED ENDING IN 'THE UNINVITED'

Assalamualaikum and hi


Dalam dok malas nak menaip tapi aku kuatkan jugak dan inilah hasinya hahaha. Minggu lepas kalau tak silap aku dalam pukul 1 pagi macam tu, aku ada tengok satu movie ni kat channel 434, cerita hantu. Well aku kalau cerita hantu ni memang nak tengok jugak walaupun pukul 1 pagi and akhirnya aku tengok jugak movie tu sorang-sorang. Tajuk movie tu adalah The Uninvited yang di keluarkan pada tahun 2009.

Kat bawah ni aku tulis sinopsis dari aku sendiri and gambar aku cari kat google ja haha sebab tengok kat TV jaa kalau kat laptop aku dah printscreen haa.



Watak-watak utama : Anna | Alex | Rachel 


Movie ni bermula dengan Anna kembali ke rumahnya untuk hidup dengan ayah dan kakak dia, Alex selepas Anna ni dimasukkan ke hospital mental berikutan kematian mak dia. So bila dia sampai kat rumah dia, dia terus cari Alex dan kemudian dia p pulak kat bilik dia. Tetiba dia nampak Alex ni tengah mandi kat laut dekat dengan rumah yang mak dia duduk waktu sakit dulu, kira macam rumah kedua laa. 

Bila dia dah nampak Alex, then dia cepat-cepat nak p jumpa kakak dia tu sebab lama gila kan tak jumpa tetapi tetiba ja Rachel iaitu kekasih ayah dia muncul. Rachel ni tegur dia, nak bermesra dengan Anna la kononnya but Anna ni just senyum-senyum macam tu jaa sebab dia tak berapa suka kat Rachel ni. Bayangkan laa, ayah dia tu agak tua bercinta pulak dengan perempuan muda dan cantik macam Rachel lepas mak dia pulak baru mati kan.




Sedang Anna dok cari Alex, tetiba Alex muncul dari belakang dia. Depa sembang macam-macam sampai Alex marah and tanya Anna sebab apa dia tak reply surat Alex. Then Alex jawab yang dia tak pernah dapat apa-apa surat pun waktu dia duk kat sana. Bila dah dengar jawapan macam tu, Alex ni bengang laa and terus p jumpa ayah depa then marah-marah.

Sejak Anna balik ke rumah dia, dia sering dihantui oleh hantu, kadang hantu mak dia and kadang tu dia nampak hantu 3 orang budak dan Anna yakin yang Rachel adalah punca kematian mak dia. 





Ada satu malam tu Anna dengan Alex ni berpakat nak cari identiti sebenar Rachel; nama dan alamat semua tu and lastly jumpa jugak sapa Rachel yang sebenarnya; dulu Rachel ni orang gaji untuk family Anna ni. So baru laa depa tau yang nama sebenar Rachel ni Mildred Kemp; seorang pembantu rumah yang suka dekat majikannya sendiri and dia bunuh isteri majikan dia dengan anak-anak depa melalui suntikan. 

Macam-macam cara dah Anna dengan Alex ni nak bagitau ayah dia tentang Rachel tapi bila Anna nak bercakap, Rachel pun muncul. Sampai satu hari tu, ayah depa kena p mana ntah and tidur kat luaq, kiranya macam outstation. 

Bila ayah depa dah keluaq outstation, Anna dengan Alex ni buat rancangan nak perangkap Rachel ni. Tapi tak sempat sebab Rachel ni dah dengar perbualan depa nih ni and Rachel ambik tindakan dulu. Dalam pergelutan di antara Anna dengan Rachel ni, Anna akhirnya berjaya melepaskan diri dan terus p cari kakak dia.

Lepas tu Anna jumpa Alex ni terlendang atas lantai sebab dah kena suntik dengan Rachel. Alex ni suruh Anna keluar selamatkan diri and p buat report macam tu and Anna terus p balai polis. Samapi saja sana, Anna terus buat laporan cakap yang Rachel ni nak bunuh dia dengan Alex nih; waktu ni aku dah agak yang polis ni pun satu kepala dengan Rachel tu. Polis tu pun tengok semacam jaa kat Anna ni then terus capai kot dia and cakap kat Anna ni suruh tunggu dalam bilik dia tu. 

Dalam duk tunggu polis tu, Anna tertidur and bila dia terjaga dia nampak mak dia kat depan dia. Bila mak dia makin dekat dengan dia, wajah Rachel muncul. Anna pun gelabah laa sebab tiba-tiba Rachel muncul and nak larikan diri tapi tak sempat sebab polis tadi pegang kaki dia and Rachel tu suntik dia, so Anna jadi lemah.

Then Rachel bawah Anna ni balik rumah, lepas tu letak dalam bilik dia dan tukar baju semua. Mula tu Anna nak capai pisau yang ada di hujung meja sebelah katil dia tapi tak sempat sebab Rachel nampak so dia tak mampu nak buat apa. Dalam Rachel tengah tukar baju dia, tiba-tiba Alex muncul dari belakang sambil bawak pisau and then tetiba pandangan Anna jadi gelap.


Time ni aku dok rasa yang Rachel ni dah bunuh Alex ni tapi Anna terjaga dari tidur dia, mungkin then kat luar pintu bilk dia, Anna nampak banyak darah. Dia ikut titisan darah tu sampai laa kat luar rumah dan dia berhenti di depan tong sampah. Lepas tu dia bukan tong sampah tu, adalaa plastik hitam dan bila dia bukak plastik hitam tu nahhhh rupanya Rachel yang kena bunuh.



Anna terkejut waktu tu then muncul pulak kakak dia, Alex sambil pegang pisau yang penuh dengan darah. Anna tengok Alex dan Alex kata dia tepaksa buat untuk kebaikan depa jugak. Lepas tu depa berpeluk sambil Anna pujuk Alex ni.

Lepas tu, ayah depa pulak bagi and terkejut tengok depa dua yang penuh dengan darah. Ayah dia tanya apa dah jadi, Anna balas yang sebenarnya Rachel ni jahat and so on laa. Dia suruh Alex terang kat ayah depa perkara sebenar pasal Rachel tapi tetiba ayah dia marah and yang sangat mengejutkan aku; ayah dia kata Alex sebenarnya dah mati.

Bayangkan aku punya laa tunggu movie ni ingat yang Rachel ni jahat semua tuptup ayah dia kata yang Alex ni dah mati and bila Anna ni tengok tangan dia, tudiaa rupanya dia sebenarnya yang bunuh Rachel. Rupanya Alex dengan mak dia ni mati sebab kebakaran di rumah kedua depa tu.

In the end movie ni, Anna dihantar balik ke hospital mental tu. Lepas tu ada seorang perempuan kira macam jiran depan bilik dia cakap kat Anna sambil senyum "Welcome home." and perempuan tu tutup pintu bilik dia, rupanya nama dia adalah Mildred Kemp. 



Saturday, February 11, 2017

DRAMA KOREA KEGEMARAN AKU

Assalamualaikum and hi



Bila aku tulis 'drama favourite' maksudnya drama yang aku seronok tengok, jalan cerita yang menarik/ lain dari yang lain jugak aku akan selalu ulang tengok drama tu. Drama korea ni memang tak asing lagi bagi aku sebab memang rajin tengok sebenarnya tapi tak semua drama aku suka, ada jaa yang agak boring dan bila aku tengok jadi macam tak puas hati pulak, aku pun taktau sebab apa haha. 

Jadi kat bawah ni aku senaraikan beberapa drama korea yang memang menjadi pilihan aku dan aku akan ulang tengok sampai hari ni walaupun dah lama sebenarnya.



FULL HOUSE




Waktu ni zaman kegemilangan Rain dengan Song Hye Kyo bagi aku, memang drama korean legend laa and sampai sekarang aku masih dok ulang tengok hahaha. Laa ni Rain dah kahwin dah hahaha and Song Hye Kyo dah semakin cantik.



BOYS OVER FLOWERS




Part yang paling best bila Lee Minho dengan Ku Hye Sun ni bergaduh, memang lawak gila. Lepas tu aku suka part yang Lee Min Ho hilang ingatan tu then Ku Hye Sun ni undur pelan-pelan sampai jatuh dalam kolam, baru laa Lee Min Ho ni ingat balik.



KILL ME HEAL ME



Drama ni memang aku suka suka dan suka sangat, thumbs up buat Ji Sung sebab memang betul-betul berbakat menampilkan 7 karakter yang berbeza dalam 1 drama dan memang menjadi sangat. Kalau tak silap aku, dia banyak berlatih dengan isteri dia untuk menjiwai watak-watak tersebut.



W - TWO WORLDS



Yang ni pulak aku suka jalan cerita dia sebab lain dari yang lain featuring kisah kehidupan dalam komik. Memang unik drama ni bagi aku.



LOVE IN THE MOONLIGHT



Aku suka watak yang dilakonkan oleh Park Bogum ni, memang lawak dan bersahaja. Lepas tu jalan cerita pun boleh tahan best hahaha dan part yang aku suka time Yoojung ni menari.


DESCENDANTS OF THE SUN



Aku ni memang minat kat Joongki ni sejak dia jadi pencagara dekat Music Bank lagi hahha, serius comel orangnya dan pemalu hahaha. Drama ni salah satu drama yang rating dia tinggi dan lagu OST selalu menang dalam awards. Jalan cerita yang menarik, mula tu ingat Joongki ni mati dah tapi nasib baik hidup lagi hahaha.



GOBLIN



Yang ni latest punya dan rating paling tinggi hahaha. Aku still tak boleh move on lagi dari drama ni, best gila kot dengan effect yang memang skill habis lepas tu depa punya mekap khas. Aku ada tengok special episode punya, berlakon tu biasa-biasa ja tapi effect tu canggih sungguh lepas tu kos untuk drama ni tinggi kot hahaha. Untuk sapa yang tak tengok lagi tu, hampa kena tengok tau best sangat haha.




Kalau aku kena pilih 2 drama korea yang memang superb antara semua ni adalah Goblin dengan Kill Me Heal Me. Hampa macam mana pulak, drama fav. hampa yang mana? Ok laa, aku tulis sampai sini dulu, jumpa lagi di entri yang akan datang. Adios~


Thursday, February 9, 2017

BAJU I AM

Assalamualaikum dan hi


Untuk entri kali ni aku nak menjual sikit hahaha, aku nak jual baju sebenarnya dan tak lain tak bukan baju tu adalah baju I AM. Baju-baju ni sebenarnya masih tak berjual and masih ada dalam simpanan aku dari tahun lepas.




Ceritanya macam ni, waktu time aku belajar dulu ni teringin laa nak ada duit lebih kan untuk sesak-sesak. Jadinya dengan 0 pengalaman jual online mahupun jual baju aku sorang-sorang mulakan perniagaan online jual baju ni dan aku iklan dekat Wechat (time dulu memang jadi budak Wechat haha) dan sebagainya.


Lepas tu bila ada orang Whatsapp nak order baju bukan main happy lagi aku ni and terus buat list yang drop order tu, then terus order dekat company yang cop baju dekat KL. Waktu tu aku memang mentah lagi laa kiranya sebab customer order jaa baju then aku pun terus order kat company tu, padahal yang customer tu tak bayar duit lagi kat aku lahai, tak berakal jugak aku hahaha. Last last inilaa hasil dia, ada dalam 8 baju yang masih ada kat aku.

Jadi kat sini aku nak jual laaa dekat hampa hampa semua kot ada yang nak beli. Aku jual habis murah laa ni dan kalau sapa nak beli hampa terus emel aku di sfrnfzl@gmail.com. Kat bawah ni senarai nama yang masih ada kat aku.



Short Sleeve : RM 15             Long Sleeve : RM20

* Free Postage *




Friday, February 3, 2017

APABILA SAKIT GIGI DATANG MENYERANG.

Assalamualaikum dan hi.


Lama benor tak post entri dalam blog ni, aku ada jaa tak kemana cuma tulaa dua tiga hari tu sakit gigi. Hampa tau laa kan bila dah sakit gigi, dia punya sakit tu nak buat apa pun takmau dah. Bukan takat takmau buat apa, nak bercakap pun takmau sebab takdak mood hahaha.

Menderita jugak laa aku dua tiga tu mana dengan takmau nak bercakap and selera makan pun takdak, seriously sangat-sangat tak selesa. Bila time malam ja gigi ni rasa sakit gila sampai takleh tidur. Macam-macam cara aku buat untuk nak hilangkan sakit gigi ni.

Mulanya bila time nak tidur aku telan ubat tahan sakit yang memang kuat, yang color biru punya. Dua malam berturut-turut aku telan ubat tahan sakit tu tapi tetap takdak hasil, geram jugak laa sebab memang dah sakit sangat gigi ni; gigi berlubang actually. Malam tu, aku buat air garam dan berkumur tapi gigi bertambah sakit hahaha.

Lepas tu, Rabu hari tu aku keluar p Kangar dengan mak aku and then terus ajak mak aku singgah kat kedai runcit sebab nak beli ubat gigi Sensodyne, aku pernah guna ubat gigi Sensodyne tu and memang berkesan. Bila dah beli balik tu terus cari bilik air, lepas tu terus gosok gigi; haa nampak dak semangat nak bagi hilang sakit gigi tu. Aku guna dalam dua hari but still tak lega jugak, tapi aku tak putus asa; aku sapu minyak panas pulak dekat pipi aku, bahagian luar tempat gigi sakit tu tapi masih sakit lagi.

Sabor dulu aku tak menyerah lagi hahaha, aku mula google cara nak bagi hilang sakit gigi. Cari punya cari dapat laa satu petua iaitu tumbuk bawang putih dengan garam, bila dah lumat tu sediakan kapas (kapas muka pun takpa, kecil dah laa) lepas tu letak sikit bawang putih + garam yang ditumbuk tadi pada kapas tu. Last tu letak pada gigi yang sakit tu, rasa dia tu takyah cakap laa sebab aku ni jenis yang tak makan bawang hahaha.




Aku buat semalam jaa yang bawang putih tu tapi tak membuahkan hasil, maksud aku sakit gigi tu masih tak hilang. Ingat esok tu nak try sekali lagi yang bawang putih tu but then mak aku cakap, "Try guna bunga cengkih." Aku pun ikut laa cakpa mak aku, aku ambik bunga cengkih tu then tumbuk sampai jadi serbuk and still guna kapas and letak pada gigi yang sakit tu.

Alhamdulillah, akhirnya sakit gigi ni hilang. Betapa bersyukurnya aku sebab yalaa sakit dah hilang so aku dah boleh buat kerja dengan selesa. Bayangkanlah bila sakit gigi, semua benda nak buat memang takjadilaa jawabnya. Nak cabut gigi boleh tapi hahaha takut sebenarnya, InsyaAllah lepas ni aku p cabut.




p/s : Giveaway aku buat tu dah tamat, pemenang akan dihubungi melalui email ya.