DRAMA KOREA KEGEMARAN AKU - SVIORS

Saturday, February 11, 2017

DRAMA KOREA KEGEMARAN AKU

Assalamualaikum and hi



Bila aku tulis 'drama favourite' maksudnya drama yang aku seronok tengok, jalan cerita yang menarik/ lain dari yang lain jugak aku akan selalu ulang tengok drama tu. Drama korea ni memang tak asing lagi bagi aku sebab memang rajin tengok sebenarnya tapi tak semua drama aku suka, ada jaa yang agak boring dan bila aku tengok jadi macam tak puas hati pulak, aku pun taktau sebab apa haha. 

Jadi kat bawah ni aku senaraikan beberapa drama korea yang memang menjadi pilihan aku dan aku akan ulang tengok sampai hari ni walaupun dah lama sebenarnya.



FULL HOUSE




Waktu ni zaman kegemilangan Rain dengan Song Hye Kyo bagi aku, memang drama korean legend laa and sampai sekarang aku masih dok ulang tengok hahaha. Laa ni Rain dah kahwin dah hahaha and Song Hye Kyo dah semakin cantik.



BOYS OVER FLOWERS




Part yang paling best bila Lee Minho dengan Ku Hye Sun ni bergaduh, memang lawak gila. Lepas tu aku suka part yang Lee Min Ho hilang ingatan tu then Ku Hye Sun ni undur pelan-pelan sampai jatuh dalam kolam, baru laa Lee Min Ho ni ingat balik.



KILL ME HEAL ME



Drama ni memang aku suka suka dan suka sangat, thumbs up buat Ji Sung sebab memang betul-betul berbakat menampilkan 7 karakter yang berbeza dalam 1 drama dan memang menjadi sangat. Kalau tak silap aku, dia banyak berlatih dengan isteri dia untuk menjiwai watak-watak tersebut.



W - TWO WORLDS



Yang ni pulak aku suka jalan cerita dia sebab lain dari yang lain featuring kisah kehidupan dalam komik. Memang unik drama ni bagi aku.



LOVE IN THE MOONLIGHT



Aku suka watak yang dilakonkan oleh Park Bogum ni, memang lawak dan bersahaja. Lepas tu jalan cerita pun boleh tahan best hahaha dan part yang aku suka time Yoojung ni menari.


DESCENDANTS OF THE SUN



Aku ni memang minat kat Joongki ni sejak dia jadi pencagara dekat Music Bank lagi hahha, serius comel orangnya dan pemalu hahaha. Drama ni salah satu drama yang rating dia tinggi dan lagu OST selalu menang dalam awards. Jalan cerita yang menarik, mula tu ingat Joongki ni mati dah tapi nasib baik hidup lagi hahaha.



GOBLIN



Yang ni latest punya dan rating paling tinggi hahaha. Aku still tak boleh move on lagi dari drama ni, best gila kot dengan effect yang memang skill habis lepas tu depa punya mekap khas. Aku ada tengok special episode punya, berlakon tu biasa-biasa ja tapi effect tu canggih sungguh lepas tu kos untuk drama ni tinggi kot hahaha. Untuk sapa yang tak tengok lagi tu, hampa kena tengok tau best sangat haha.




Kalau aku kena pilih 2 drama korea yang memang superb antara semua ni adalah Goblin dengan Kill Me Heal Me. Hampa macam mana pulak, drama fav. hampa yang mana? Ok laa, aku tulis sampai sini dulu, jumpa lagi di entri yang akan datang. Adios~


13 comments:

  1. Goblin & W are my favourites.. XD

    ReplyDelete
  2. goblin, W, Kill Me Heal Me, My Girl ngan My Girlfriend Is a Gumiho adalah antara my favourite drama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Girl pun legend jugak. Zaman Lee Dongwook muda hahaha.

      Delete
  3. siapa tak fav lepas tengok Goblin memang pelik.
    hahaha..
    Salam perkenalan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan hahha. Salam perkenalan jugak ~

      Delete
  4. DOTS je tak tengok lagi dan akak suka Goblin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DOT best tau, Kak Sha. Nanti tngok ya :)

      Delete
  5. GOBLINNN, still tak boleh move on. Rindu nak tengok goblin and grim reaper punya bromance T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kita geng laa *highfive* hahaha.

      Delete
  6. k-dramas are really something eh.. the ones that i love to rewatch are the The 1st Shop of Coffee Prince and Sungkyunkwan Scandal, japanese version of Boys over Flower (Hana Yori Dango) and To the Beautiful You (Hanazakari no Kimitachi e/Hana Kimi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg, I love Sungkyunkwan Scandal too and I love Yoochun !! Hahaha

      Delete
  7. Yeahhh full house harussss... hehehe

    ReplyDelete