Adobe Illustrator Cara Aku - Part 1

Assalamualaikum and holla !


Adobe Illustrator (AI); Ada sesetengah orang sangat mahir menggunakan AI nih but sesetengah tu taktau nak guna, bagi aku AI ni agak sukar jugak untuk nak tau setiap fungsi-fungsi yang ada dalam tu- aku sendiri pon masih terkial-kial. Aku paham macam mana perasaan bila 'hang teringin nak buat benda tu but hang tak reti', sebab aku nak tau guna AI ni pun jenuh bergoogle, beryoutube jugak hahaha. Jadi disebabkan hal tersebut hahaha mai sini aku tak ajar beberapa steps untuk AI nih mengikut cara aku sendiri lah tapi kalau hampa lagi pro no hal bruh!


1. Shortcuts


Shortcuts - Actually hampa boleh ja tekan File lepas tu pilih nak yang mana tapi untuk lebih memudahkan hampa kita guna kaedah shortcuts, maksud aku just tekan jaa kat keyboard.


Untuk bukak layout baru ; Ctrl + huruf N
Untuk bukak any files atau gambar ; Ctrl + huruf O
Untuk nak save kerja kita dalam bentuk AI ; Ctrl + huruf S
Untuk nak save kerja kita dalam bentuk gambar ; Ctrl + Shift + Alt + huruf S




2. Layouts/ Artboards


Layouts/Artboards - Ok untuk layout ni hampa kena ejas dulu ikut citarasa tersendiri sebelum hampa tekan OK, jangan Ctrl + N then terus klik OK pulak.


Name ; Letak laa nama apapun yang hampa suka, nak biarkan 'Untitled' pon takpa sebenarnya.

Number of artboards ; Haa aku lebih suka panggil layout daripada artboard haha, ok untuk yang ni kalau hampa nak buat dua kerja, boleh laa tambahkan bilangan artboard tu. Contoh macam ni,


1 artboard

2 artboards

4 artboards

Width, Height and Units ; Lebar dengan ketinggian tu ikut laa hampa nak dalam apa, mm ka atau pt ka? Ubah jaa jenis ukuran kat bahagian Units tu.

Orientation ; Macam biasalaa, nak layout yang lebar atau nak yang jenis tinggi.



3. Texts



Texts - Jugak memerlukan citarasa sendiri, kalau nak font yang lebih cantik dan menarik kena laa download dulu. 


1. ' T ' ; Klik saja simbol T tu then drag kat layout tu, lepas tu dah boleh tulis.

2. Characters ; Cari laa font-style kegemaran hampa.

3. Size ; Size nak kecik or besar, ejas situ. Kalau nak lagi besar taip terus kat situ -200pt

4. Paragraph ; Yang ni sama ada hampa nak letak kat belah kiri, tengah or kanan.

5. Colors ; Yang kotak ata tu bahagian dalam dan yang kotak bawah tu untuk outline.

6. Opacity ; Yang ni hampa nak bagi tulisan tu nampak jelas or just samar-samar jaa.





Ok sampai sini dulu aku taip, next time aku sambung lagi dengan step-step baru. Harap-harap dapat laa membantu bagi hampa yang teringin nak guna AI tu. 

PENAMBAHAN HADIAH UNTUK 'BLOG GIVEAWAY'

Assalamualaikum dan hi.



Alhamdulillah masih boleh update another entry hari ni. Pertamanya, nak ucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan blogger yang sudi join 'Blog Giveaway' yang aku buat ni bagi memeriahkan giveaway ni. 

Dah nampakkan tajuk entry kat atas tu and yes aku nak tambah sikit lagi hadiah untuk para pemenang. Jadi sapa yang dapat jadi pemenang ni boleh aku katakan bertuah kot sebab dapat banyak benda - buku cerita + beg + komik lawak kampus + keychain/button badge. Kalau aku jadi pemenang memang syok kot sebab benda free haha + kos pos di tanggung, yaa aku tolong bayar postage haha.

Jom kita tengok hadiah apa yang aku nak bagi untuk para pemenang 'Blog Giveaway' ni;


1. Buku Cerita


Macam yang aku tulis kat entri sebelum ni, some of you mungkin tak berkesempatan untuk membeli buku-buku kat atas tu. Jadi why not kan aku nak bagi peluang untuk memiliki one of these books, free saja. Sebelum ni aku tunjukkan 3 buah buku saja but aku tambah lagi 1 buku - Natural History by Neil Cross yang baru ja aku beli kat kedai buku, Popular.


2. Beg



Macam biasalaa beg ni atau aku lebih suka panggil kotak pensel, aku beli dekat Padang Besar. Mula tu aku beli yang gambar kartun tu saja tapi kelmarin aku pergi sekali lagi kat Padang Besar, nampak pulak yang bunga-bunga ni and terus beli. Cantik kot color dan corak dia, yang color oren tu takdak dah sebab aku dah bagi kat mak aku hehehe.


3. Some keychains or button badge sebab aku nak clearkan keychains dan button bage yang aku kumpul, adalaa dalam sebalang besar jugak. Daripada tak guna langsung dan biar jaa berkarat baik aku jadikan depa ni sebagai hadiah kan?


Ok tu saja penambahan hadiah, tak banyak pun sikit ja. Harap pemenang yang terpilih tu gembira laa menerima hadiah yang tak seberapa ni ya. Kemungkinan aku akan tambah seorang agi pemenang, mungkin tau tak janji lagi hahaha. Apa-apa pun selamat bergiveaway dan all the best, come and join sebab masih ada masa lagi. 



Maybe you're the lucky winner? Who knows ~ Rezeki.


BLOG GIVEAWAY BY RII

Assalamualaikum dan hi.

She is He, Min Yoongi

Alhamdulillah dapat jugak on laptop akhirnya setelah beberapa hari dia buat hal. Pertama sekali 'hi, aku dah kembali haha lol'. Ingat lagi dak entri yang aku tulis sebelum ni pasal giveaway? Haa, inilah masanya hahaha. Aku sekali lagi nak buat giveaway, ala giveaway biasa-biasa saja. Harap ada yang sudi join lagi giveaway dari aku dan harap jangan ada yang trauma nak join giveaway aku. Hadiah untuk giveaway sebelum ni dah aku pos ~



Ini adalah banner / gambar untuk giveaway ni.



Untuk kali ni, aku bukak dua penyertaan iaitu di blog dan jugak di twitter. First time buat giveaway dekat twitter hahaha, selalu kat blog ja. So aku nak jemput laa reramai join giveaway ni.

 BLOG.
Syarat;
- Malaysian sahaja.
- Ada blog sendiri.

Cara nak join giveaway;
- Follow blog ini.
- Buat satu entri dan letak tajuk 'Blog Giveaway by RII'.
- Letak banner/gambar kat atas tu.
- Tinggalkan url blog di bahagian komen di bawah ni.


 TWITTER.
Syarat;
- Malaysian only.
- Ada akaun twitter sendiri.

Cara nak join giveaway;
- Follow twitter - @sfrnfzl
- RT tweet yang aku dah pinned tu.



 HADIAH.

    



- Sebuah buku 'Lukisan Tarbiah oleh Abeben'.
- Sebuah buku 'Them Horrors Be Everywhere oleh Julya Oui'.
- Sebuah buku 'Where The Rocks Splits The Sky oleh Philip Webb'.
- Beberapa buah komik 'Lawak Kampus'.
- 1 jam tangan DW ( female version ).



Note; 
Buku-buku ni memang aku nak bagi sebagai hadiah, sebab mungkin ada yang tak baca lagi so why not aku bagi as hadiah kan? :) dan untuk jam pulak - actually hari tu aku ada beli jam DW yang couple set punya yang murah ja tak ori pun haha, jadi aku ambik yang male version punya and female version tu aku nak buat as hadiah giveaway ni.



Pemenang - 3 Winners only ( 1 winners from twitter an 2 winners from blog ), for now.


1st Prize :
1 jam tangan DW ( female version ).
Sebuah buku 'Where The Rocks Splits The Sky oleh Philip Webb'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


2nd Prize :
Sebuah buku 'Lukisan Tarbiah oleh Abeben'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


3rd Prize :
Sebuah buku 'Them Horrors Be Everywhere oleh Julya Oui'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.





** Insyaallah kalau ada rezeki lebih untuk aku, aku akan tambah hadiah juga bilangan pemenang dan pemilihan pemenang akan dibuat secara cabutan bertuah. **



GIVEAWAY ENDS : 1 APRIL 2017



Semoga berjaya buat para peserta :)