PENAMBAHAN HADIAH UNTUK 'BLOG GIVEAWAY'

Assalamualaikum dan hi.



Alhamdulillah masih boleh update another entry hari ni. Pertamanya, nak ucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan blogger yang sudi join 'Blog Giveaway' yang aku buat ni bagi memeriahkan giveaway ni. 

Dah nampakkan tajuk entry kat atas tu and yes aku nak tambah sikit lagi hadiah untuk para pemenang. Jadi sapa yang dapat jadi pemenang ni boleh aku katakan bertuah kot sebab dapat banyak benda - buku cerita + beg + komik lawak kampus + keychain/button badge. Kalau aku jadi pemenang memang syok kot sebab benda free haha + kos pos di tanggung, yaa aku tolong bayar postage haha.

Jom kita tengok hadiah apa yang aku nak bagi untuk para pemenang 'Blog Giveaway' ni;


1. Buku Cerita


Macam yang aku tulis kat entri sebelum ni, some of you mungkin tak berkesempatan untuk membeli buku-buku kat atas tu. Jadi why not kan aku nak bagi peluang untuk memiliki one of these books, free saja. Sebelum ni aku tunjukkan 3 buah buku saja but aku tambah lagi 1 buku - Natural History by Neil Cross yang baru ja aku beli kat kedai buku, Popular.


2. Beg



Macam biasalaa beg ni atau aku lebih suka panggil kotak pensel, aku beli dekat Padang Besar. Mula tu aku beli yang gambar kartun tu saja tapi kelmarin aku pergi sekali lagi kat Padang Besar, nampak pulak yang bunga-bunga ni and terus beli. Cantik kot color dan corak dia, yang color oren tu takdak dah sebab aku dah bagi kat mak aku hehehe.


3. Some keychains or button badge sebab aku nak clearkan keychains dan button bage yang aku kumpul, adalaa dalam sebalang besar jugak. Daripada tak guna langsung dan biar jaa berkarat baik aku jadikan depa ni sebagai hadiah kan?


Ok tu saja penambahan hadiah, tak banyak pun sikit ja. Harap pemenang yang terpilih tu gembira laa menerima hadiah yang tak seberapa ni ya. Kemungkinan aku akan tambah seorang agi pemenang, mungkin tau tak janji lagi hahaha. Apa-apa pun selamat bergiveaway dan all the best, come and join sebab masih ada masa lagi. 



Maybe you're the lucky winner? Who knows ~ Rezeki.


14 comments:

  1. Wah bestnya. Good luck utk semua =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, terima kasih. Good luck jugak buat Kak Ana :)

      Delete
  2. uuuu banyaknya hadiah! Good luck untuk semua! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, terima kasih Fatina! All the best too.

      Delete
  3. rajin nya buat giveaway :D smoga Allah limpahkan rezeki untuk awak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, terima kasih MC :) Awak jugak semoga murah rezeki.

      Delete
  4. Uisss banyak betoi hadiahnye tu.. Sape la yg bertuah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, insyaallah ada rezeki tak kemana. Mungkin Kak Lea salah seorang pemenangnya?

      Delete