Buat BOARD sendiri #DIYwithRII - SVIORS

Friday, August 4, 2017

Buat BOARD sendiri #DIYwithRII

Assalamualaikum dan hai.



Berjumpa lagi kita malam ni hahaha dan kali ni aku guna #DIYwithRII, semalam aku buat #EATwithRII. Petang tadi tiba-tiba jaa semngat kerajinan tu datang then mula laa berfikiran kreatif gitu haha. Nak buat board ni senang saja bagi aku cuma kena sabar dan rajin, barulah menjadi. So aku buat dari kotak yang takmau digunakan- kotak kosong kepada satu board yang cantik - boleh tahan cantik laa hahaha.





Pertamanya, ini bahan-bahan yang aku guna untuk buat dan hiaskan board tu. Benda yang memang kita selalu guna dah -


  • Kotak lama ( aku guna kotak tepung jaa )
  • Kertas minyak
  • Manila card
  • Sellotape
  • Double-sided
  • Pensel
  • Pembaris
  • Gunting
  • Sellotape bercorak


bahagian depan

bahagian belakang

Lepas tu dah boleh mula gunting kotak bagi kemas dan cantik, ikut hampa punya kepuasan laa. Benda ni aku explain guna ayat yang akan ditulis ni saja hahaha sebab buat awal tadi lupa nak tangkap gambar. Bila dah siap gunting dan ejas bagi elok semua, sambung semua potongan tu macam dalam gambar di atas. Sebenarnya saiz untuk board ni ikut kemahuan masing-masing, nak kecil or besar ikut suka haa.



bahagian depan

bahagian belakang

Next part, balutkan board tadi dengan kertas minyak. Kalau macam aku, aku hanya balut untuk nak cantikkan bahagian depan saja sebabnya aku nak lekatkan kat dinding so bahagian belakang tu tak berapa penting hahahaha. But aku perkemaskan jugak balutan di bahagia belakang walaupun sikit.








Ok sekarang masa untuk menghias dan untuk hiasan aku gunakan sellotape bercorak dan manila card. Mula tu aku potong manila card ikut saiz board aku nih kemudian aku lekatkan guna double-sided. Untuk nak cantikkan sikit lagi, letak sellotape bercorak (aku beli kat mr. diy jaa) pada setiap bahagian tepi board tu - rujuk gambar di atas.



Dan last sekali, inilah hasilnyaaaa! Bolehlaa hasil buatan dari tangan sendirikan, menjadi jugak. Oh by the way untuk yang nak letak 'paku pin' kat board macam ni, aku cadangkan baik buat dua keping and then lekatkan - baru nampak tebal dan boleh cucuk.






Selamat mencuba guys ~







3 comments:

  1. Kreatif dan menarik sangat..bahan pun senang nak cari..

    ReplyDelete
  2. Rajinnyaaaaaaaaaaaa Rii!! Siqah tengok je rajin, buat malas. Hihi :D Nampak ada male kpop idols di situ :D

    ReplyDelete