#EATwithRII ; Roti Sardin Gulung ( My Style ) - SVIORS

Thursday, August 3, 2017

#EATwithRII ; Roti Sardin Gulung ( My Style )


Assalamualaikum dan hi.

Petang tadi tiba-tiba rajin and maksu pun ada request kat aku sebab teringin nak makan roti sardin gulung ni, jadi apa lagi terus buat laa haha. Mula tu ingat nak celup telur ja tapi terjumpa pulak serbuk oat nih, memang kena gayalah. 

Makanan ni bagi aku senang saja nak buat sebenarnya dan sedap. Nak senang boleh beli jaa yang siap dah tapi buat sendiri lagi sedap kan? Hahaha. 






Haa yang kat atas ni bahan-bahan yang aku gunakan (kuantiti ikut selera masing-masing) -

Telur ayam + sedikit garam | Sardin + sedikit mayonis | Serbuk oat | Roti






Cara nak buat dia simple saja -

Ambik roti dulu kemudian giling sampai nipis, bahagian tepi roti tu nak buang takpa and tak buang pun takpa. Sebelum tu, pastikan hancurkan dulu isi sardin tu, kemudian letak kat atas roti yang dah digiling nipis tadi dan gulungkan. Last sekali, celup dalam telur then dalam serbuk oat dan boleh digoreng. 









Ok inilah hasilnya, nampak tak kemas tapi sedap sebenarnya hahaha. Nak nak pulak makan dengan sos cili pehh meleleh hahaha. So nanti rajin-rajin or ada masa try laa buat hahaha. 




Selamat menjamu selera ~

5 comments:

  1. Sedap...tak pernah lg try letak oat, maybe nak try juga lepas ni...

    ReplyDelete
  2. aduhhh nampak sedap sangatttt. lepas nie boleh la try, resepi pun macam senang je cari bahan2 dia :D

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi celup dengan oat. Nampak sedap. Ada sardin kat dapur, buat Siqah rasa nak buat roti sardin esok pagi. Hihi

    ReplyDelete