September 2017 - SVIORS

Saturday, September 23, 2017

The Autopsy of Jane Doe - full with mysteries!

Saturday, September 23, 2017 3
The Autopsy of Jane Doe - full with mysteries!
Assalamualaikum dan hai.



Warning :

1. This entry contains spoiler.
2. Please watch the trailer first before watching the movie.
3. Don't watch this movie while eating!! 
4. Don't let your kids watch this movie okay?!


Hari ni rajinkan diri untuk menaip sebab nak kongsi pasal satu movie ni yang bagi aku cukup menarik dan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang apa yang akan jadi selepas tu. Mohon untuk sesiapa yang nak tengok movie ni tolong baca warning kat atas dulu sebabnya aku dah kena -aku tengok movie ni sambil makan dan tanpa tengok trailer dulu. Aku tulis secara ringkas saja pasal movie ni ya.




T H E  A U T O P S Y  O F  J A N E  D O E
horror | mystery | thriller


When father and son coroners investigate the death of a beautiful "Jane Doe",
they find increasingly bizarre clues.



Movie ni bermula dengan penemuan mayat seorang perempuan cantik di basement sebuah rumah di mana ada satu pembunuhan aneh dan ngeri terjadi. Salah seorang pegawai polis ni kata takdak apa-apa kesan rumah dipecah masuk dan sebagainya.




Lepas tu, terdapat seorang 'coroner' iaitu Tommy di bantu oleh anak lelakinya, Austin baru jaa selesai melakukan autopsi mayat yang terbakar dan pada masa yang sama teman wanita Austin iaitu Emma muncul di tempat tersebut. Sebenarnya Emma baru pertama kali menjejakkan kaki ke tempat tu, jadinya dia terkesima bila nampak banyak peti simpanan mayat. Kemudian dia mintak Austin ni bukak satu-satu peti tu, mulanya Austin takbagi sebab nanti ayah dia marah tapi Emma pujuk jugak suruh bukak. Bila buka yang pertama, Emma suruh bukak yang lain pulak dan bila tengok mayat yang kedua ni, kat hujung kaki mayat tu ada loceng dan Emma tiba-tiba rasa tak sedap hati.





Lepas tu Austin dengan Emma ni dah get ready nak keluar tengok wayang bersama tetapi muncul pulak seorang polis bersama mayat perempuan yang ditemui tadi tu. Austin pulak dalam dilemma sama ada nak keluar dengan Emma atau nak tolong ayah dia sebab polis tu nak report tentang mayat tu esok dan akhirnya Austin memilih untuk menolong ayah dia dan dia janji dengan Emma yang lepas habis saja kerja tu, dia akan terus pegi jumpa dengan Emma.

Mayat yang polis tu tinggalkan berada dalam beg mayat yang warna hitam tu tapi tidak berzip - Oh!, mayat tu tidak berpakaian tau dan cap jari dia tiada dalam rekod polis jadinya depa ni letakkan nama perempuan tu Jane Doe. Lepas tu Tommy dan Austin memulakan autopsi pada Jane tu dan tiada apa-apa kesan pada badan Jane juga mata Jane tu dah jadi warna kelabu menandakan dia dah mati beberapa hari dah tetapi keadaan badan Jane ni macam baru mati saja - Fresh! dan pergelangan kaki and tangan dia patah tapi takdak kesan pun. 




Sebenarnya banyak lagi yang depa dua ni jumpa, kain kecik and lepas tu depa hiris dada Jane dan kemudian ada lalat keluar dari hidung Jane dan sebagainya. Lepas satu persatu yang jadi, aku makin lama makin konfius dan nak tau sapa sebenarnya Jane Doe ni? Ampa tengok sendiri ya selebih tu hahaha, tapi yang mana tak kuat tu disyorkan takpayah tengok sebab melibatkan organ dalaman - Dah buat bedah siasatkan. Ada satu part tu, radio yang depa tengah dengar tiba-tiba tukar siaran dan Austin pulak dia macam dengar something tapi tak pasti apa sebenarnya. 

Macam biasa ending movie aku tak tulis hahaha, sebab nanti tak best laa buat hampa yang tak tengok lagi, bagi spolier sikit-sikit sudah laa nah? Apa-apa pun movie ni memang best dan mind-blowing bagi aku laaa tapi bagi hampa yang dah tengok tu taktau laa macam mana sebab aku ni suka kalau bab movie yang thriller dan misteri nih.



Rating : 9/10 




#Notes.
What is coroner?
-an official who investigates violent, sudden or suspicious deaths.



Have a good day, guys! See you again~

Thursday, September 21, 2017

Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri

Thursday, September 21, 2017 6
Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri

Okay, aku join satu lagi segmen dari Rin Hijabist dan sangat senang saja untuk join segmen ni. Jom ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi segmen dan support sesama blogger serta mengeratkan silaturrahim. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke page segmen tersebut, tekan saja banner di atas tu ya dan segmen ni akan tamat pada 1 Oktober 2017.




All the best untuk semua yang join!

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

Thursday, September 21, 2017 11
First Giveaway By Blog Buku Pinky!
Assalamualaikum dan hai.



Dah lama rasanya tak join mana-mana giveaway mahupun segmen yang rakan-rakan blogger buat. Alhamdulillah untuk kali ni ada masa jugak nak join, rindu betul nak join dan aktif macam dulu balik. Jadinya untuk giveaway pertama yang aku akan join adalah dari Blog Buku Pinky, syarat-syarat yang diletakkan oleh pemilik blog sendiri pun mudah nak ikut. 

Untuk maklumat lanjut tentang syarat-syarat dan juga senarai hadiah, boleh terus ke page giveaway tersebut - Just click at the banner above! Cepat-cepat join sebelum giveaway ni tamat dan jangan lepaskan peluang yang ada. Sapa tau giveaway kali ini mungkin ada rezeki untuk menang kan dan giveaway ni akan tamat pada 5 Oktober 2017.




All the best untuk semua yang join! 

Wednesday, September 20, 2017

Book | Menang giveaway di Twitter

Wednesday, September 20, 2017 6
Book | Menang giveaway di Twitter
Assalamualaikum and hello.


Orang kata 'kalau ada rezeki tak akan ke mana' and yes, Alhamdulillah aku ada menang satu book giveaway yang dianjurkan oleh penulis itu sendiri iaitu Laurie Elizabeth Flynn. Sebenarnya banyak jugak aku join giveaway kat twitter ni, semua jenis giveaway aku join tapi kebanyakkannya kpop giveaways and book giveaways tetapi peluang untuk nak menang tu sangat tipis sebab ramai yang join - It's international giveaway!



Bila dah banyak giveaway aku join dan lama sangat jadinya aku dah lupa hahaha, bukan apa sebab rules nak join giveaway kat twitter ni senang saja - You just need to retweet/like and then follow the twitter account. Simple! Lepas tu bulan 6 hari tu tiba-tiba Laurie ni mention aku sebagai salah seorang pemenang bersama dengan dua orang lagi tu, aku punya happy tu tak terkata laa hahaha sebab bila giveaways ni kadang ikut nasib weh dan first time dapat pos dari luar negara sebenarnya.

Bila dah tau keputusan tu, aku terus dm dia kat twitter dan bagi alamat and nama semua tu and she reply dia akan pos dalam minggu tu jugak tapi akan lambat sampai sebab dari Canada. Mulanya aku takpasti akan sampai atau dak buku ni hahaha sebab jauhkan and takut kena sekat ke apa tetapi Alhamdulillah buku tu baru saja selamat sampai kat rumah aku pada hari Isnin kelmarin dulu. Aku ingat dapat buku saja tapi dia bagi sekali dengan postcard + short message + strawberry lip balm (best bau dia). Best weh hahaha, moga ada rezeki lagi untuk aku menang mana-mana giveways! InsyaAllah.



What I had received from Laurie Elizabeth Flynn



An autographed book - FIRSTS.


A strawberry lip balm.

A postcard, a bookmark and a short message.




P/S : Aku tak baca lagi buku ni nanti aku akan baca but for now bukan masanya lagi hahaha.




Have a good day!

Monday, September 18, 2017

Pelbagai Ragam Sesetengah Masyarat Apabila Menaiki Tren #pengalaman

Monday, September 18, 2017 2
Pelbagai Ragam Sesetengah Masyarat Apabila Menaiki Tren #pengalaman
Assalamualaikum dan hi.

Source : google


Akhirnya aku kembali setelah beberapa hari - minggu dan sebagainya untuk menulis entri terbaru sambil mendengar lagu Charlie Puth - Attention, boleh tahan best jugak lagu ni. Entri ini aku nak kongsikan tentang sikap juga adab akan sesetengah masyarakat kita pada masa ni apabila menaiki tren. Zaman sekarang dah semakin membangun, sudah canggih. Nak pergi Alor Setar dah boleh naik tren dan tak sampai sejam dah sampai Alor Setar kalau hampa pakat-pakat naik dari Perlis (Padang Besar or Bukit Keteri or Arau). 

Kalau dulu aku dan keluarga nak pergi Sungai Petani untuk melawat angah aku memang agak susah tau dak, bukan apa nak kena cari waktu yang sesuai sebab nak bagi aku, mak dan ayah aku boleh pergi sekali. Lepas tu, ambik masa yang lama jugak nak sampai ke Sungap Petani tu dan kos tol lagi kan memang agak sukar. Tetapi sekarang dengan adanya tren nih, aku dah boleh pergi ke Sungai Petani dengan senang dan aku kadang-kadang pergi sana sorang-sorang saja kemudian angah aku akan ambil aku kat Sungai Petani. Tambang tren dari Bukit Keteri ke Sungai Petani hanyalah RM 8.10 seorang, kalau untuk warga emas dan OKU hanya RM 4.10 seorang - dalam masa sejam macam tu dah sampai Sungai Petani.


Source : google

Aku sebenarnya dah banyak kali naik tren ni jadinya macam-macam perangai manusia yang aku jumpa, seriously geram bila nampak atau terjadi kat diri sendiri. Ada yang tak bagus tetapi ada juga yang bagus dan tak semuanya berperangai buruk. Baru-baru ni, aku dengan mak aku pergi Sungai Petani dalam pukul 7.37 pagi naik tren dan macam biasa tempat duduk dalam tren banyak kosong sebabnya tren tu dari Padang Besar (tak banyak orang naik + awal pagi). Bila sampai saja Arau, ada sekumpulan gadis-gadis (4 orang) naik dan terus duduk depan kami berdua. Boleh pulak yang sorang dari 4 orang tu duduk silang kaki dengan biadapnya depan mak aku, dalam hati aku memang dah cakap 'Eh biadap betul budak nih.' - memang kaki yang dia angkat tu dihalakan ke arah mak aku and mak aku pun tengok macam tu jaa. 

Bila lepas jaa stesen Anak Bukit, budak yang aku panggil 'biadap' tadi ni duduk sebelah aku (selang dua kerusi), dan sekarang dia dengan kawan dia yang 3 orang tu rancak bersembang pulak. Dalam masa tu, aku tau depa masih student dan aku tau kat mana depa study dan jugak kos yang depa ambik. Depa sembang punya sembang, masa tu aku tengah seronok pemandangan dan tiba-tiba rasa macam ada orang sentuh kaki aku. Bila tengok sebelah, MasyaAllah hangat hati betul - budak tu duduk silang kaki sampai sentuh kaki aku sambil main handphone. Bila aku tengok dia, boleh pulak dia buat tak tahu jaa - 3 kali kena weh tapi aku still diam sebab malas nak 'buat hal' cuma aku jeling macam tu jaa dengan tepuk-tepuk seluar aku but still dia buat bodoh jaa. Aku cerita kat mak aku then mak aku kata "Awat tak tegur jaa." Hahaha, malas laa mak. 


Source : google

Lepas tu waktu balik Ahad kelmarin, aku dengan mak aku naik tren dari Sungai Petani balik ke Bukit Keteri pukul 7.59 pagi. Kali ni ramai orang sebab tren datang dari Butterworth kan, tambah-tambah hari Ahad, negeri Kedah kan hari bekerja. Nasib baik mak aku ada tempat duduk tapi aku berdiri - It's okay, I'm fine. Sebenarnya tempat duduk tu ada cuma tak boleh nak duduk, ada seorang lelaki ni tengah tidur dan sebelah tu dia letak beg dia - malas pulak aku nak berkata-kata hahaha. Wahai cik abang kalau tau nak tidur peluk laa beg tu, tolong prihatin sikit dekat penumpang-penumpang lain. 

Satu lagi pengalaman aku - masa ni aku nak balik dari Sungai Petani seorang diri dan memang full kena berdiri aku dari Sungai Petani sampai Bukit Keteri hahahaha, lenguh kaki weh tapi masih boleh berdiri lagi. Besama dengan aku dalam tren tu ada satu family ni nak pergi Padang Besar (aku ternampak tiket depa), family tu ada pasangan warga emas dalam lingkungan 60-80 tahun macam tu. Yang nenek ni dah boleh duduk dah tapi yang tokwan ni tak boleh duduk. Apa yang aku dapat lihat kat sini, yang duduk tu semuanya muda dan sihat belaka tapi takdak sorang pun yang nak tawarkan tempat duduk dekat tokwan tu, depa nampak tapi buat tak tahu. Kesian aku tengok tokwan tu, satlagi dia berdiri macam ni dan satlagi dia berdiri macam tu - sakit kaki weh. Bayangkan dari Sungai Petani sampai Arau, (Sungai Petani - Gurun - Kobah - Alor Setar - Anak Bukit - Kodiang - Arau - Bukit Keteri - Padang Besar), lepas tu dia boleh dah duduk sebab ada satu dua tempat kosong. Tolong laa prihatin, dah ada sticker dalam tren tu utamakan yang memerlukan beserta gambar.


Source : google

Ada bulan lepas aku pergi Sungai Petani jugak dengan mak aku, again. Ada sorang perempuan ni, umur lebih kurang 40 tahun macam tu tapi rock gitu siap dengan mekap sambil berselfie bagai dia sorang dengan tablet dia tu - dia naik dari Bukit Keteri sama dengan kami. Sampai saja Kodiang, ada seorang kakak ni naik dengan anak dia- lelaki, umur lebih kurang 3-4 tahun. Bayangkan, sebelah perempuan yang umur lebih kurang 40 tahun tu ada satu saja tempat kosong tapi dia letak beg dia dan dia buat tak tahu jaa sambil main tablet dia tu. Nasib laa ada sorang makluk Allah ni prihatin bagi kakak tu duduk. 


**kebanyakan yang naik tren ni suka tidur dan main handphone mamcam nak masuk jaa dalam handphone tu**


Ok, setakat ni dulu penulisan entri aku ini. Aku cuma ceritakan pengalaman aku kat sini, hampa macam mana pulak? Pernah terjadi kat hampa atau pernah nampak? Tinggalkan komen/share kat bawah ni. 


Have a good day!